Tiga motosikal konvoi bergesel, seorang penunggang maut

Keadaan sebuah motosikal RXZ selepas terlibat kemalangan.
Keadaan sebuah motosikal RXZ selepas terlibat kemalangan.
A
A
A

BATU PAHAT - Konvoi tiga penunggang motosikal ke utara berakhir tragedi apabila ketiga-tiga buah kenderaan itu terbabas dan berlanggar selepas bergeser antara satu sama lain dalam kejadian pada pagi Sabtu.

Kemalangan kira-kira jam 6.30 pagi di kilometer (KM) 82.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah Utara dekat Ayer Hitam itu mengakibatkan seorang penunggang motosikal berusia 56 tahun maut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan itu turut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang wanita berusia 29 tahun.

kemalangan itu turut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas selepas mengelak daripada merempuh motosikal di hadapannya.
kemalangan itu turut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas selepas mengelak daripada merempuh motosikal di hadapannya.

Beliau berkata, kenderaan dipandu wanita itu hilang kawalan dan terlanggar bahagian penghadang pemisah jalan raya selepas cuba mengelak daripada merempuh tiga motosikal yang kemalangan di hadapannya.

Menurutnya, keempat-empat kenderaan tersebut dipercayai dalam perjalanan menghala ke utara.

"Apabila tiba ke lokasi kejadian, berlaku pergeseran antara ketiga–tiga buah motosikal yang sedang bergerak secara konvoi menyebabkannya terbabas dan berlanggar antara satu sama lain.

Keadaan motosikal jenis Kawasaki yang ditunggangi mangsa maut.
Keadaan motosikal jenis Kawasaki yang ditunggangi mangsa maut.

Artikel Berkaitan:

"Akibatnya, mangsa yang juga operator kilang beralamat di Kluang, Johor itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Seorang penunggang motosikal warga tempatan berusia 38 tahun mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan seorang lagi penunggang lelaki berusia 46 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk," katanya.

Keadaan motosikal yang terlibat kemalangan.
Keadaan motosikal yang terlibat kemalangan.

Beliau berkata, bagaimanapun pemandu SUV tidak mengalami kecederaan.

"Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, bagi menerima rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28