Suspek kes bunuh lelaki cuba lerai pergaduhan diberkas selepas enam hari bersembunyi

Laporan Sinar Harian pada 14 November berhubung kematian seorang lelaki yang ditikam ketika cuba meleraikan pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu. Gambar kanan: Suspek ditahan polis selepas menyembunyikan diri.
Laporan Sinar Harian pada 14 November berhubung kematian seorang lelaki yang ditikam ketika cuba meleraikan pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu. Gambar kanan: Suspek ditahan polis selepas menyembunyikan diri.
A
A
A

TAWAU - Suspek kes bunuh seorang lelaki di kawasan premis perniagaan di Sulaman Sentral, Manggatal, Kota Kinabalu, pada awal pagi Sabtu, berjaya diberkas di daerah ini pada Jumaat.

Lelaki tempatan berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi selepas kira-kita enam hari menyembunyikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru Kusdino kes bunuh lelaki cuba lerai pergaduhan

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Tawau bersama pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau.

Katanya, tangkapan dibuat hasil tindakan susulan berdasarkan maklumat berkaitan siasatan kes berkenaan.

"Pemeriksaan terhadap suspek turut menemukan sebuah telefon bimbit berjenama bersama sebuah beg pinggang yang turut dirampas bagi membantu siasatan.

"Susulan tangkapan itu, polis turut merampas berapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan ketika kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan akan diteruskan secara menyeluruh dengan meneliti setiap bahan bukti yang diperoleh bagi membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan. 

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga boleh menjejaskan proses siasatan.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan lelaki berusia 31 tahun maut akibat ditikam menggunakan pisau pemotong daging selepas cuba menghalang pergaduhan di kawasan premis perniagaan tersebut.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah sebelum ahli keluarga membawanya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 6.44 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!