Dua penunggang maut, motosikal bertembung

Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka secara berasingan bertembung dalam kejadian di Jalan Kandis-Tok Bali, Bachok Jumaat.
Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka secara berasingan bertembung dalam kejadian di Jalan Kandis-Tok Bali, Bachok Jumaat.
A
A
A

BACHOK - Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka secara berasingan bertembung dalam kejadian di Jalan Kandis-Tok Bali di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.35 malam.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa pertama merupakan seorang lelaki berusia 54 tahun dalam perjalanan dari arah Tok Bali untuk pulang ke rumahnya.

"Setiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang lelaki berusia 21 tahun datang secara tiba-tiba daripada arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Akibat pertembungan itu kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian.
Akibat pertembungan itu kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan kedua-dua motosikal terbabit bertembung dan mangsa pertama jatuh di laluan yang sama manakala seorang lagi hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya

Artikel Berkaitan: