Dua penunggang maut, motosikal bertembung

Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung antara satu sama lain dalam kejadian di KM5 Jalan Kota Bharu menghala ke Pengkalan Kubor, Tumpat pada Sabtu.
Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung antara satu sama lain dalam kejadian di KM5 Jalan Kota Bharu menghala ke Pengkalan Kubor, Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung antara satu sama lain dalam kejadian di Kilometer (KM) 5 Jalan Kota Bharu menghala ke Pengkalan Kubor di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.40 malam melibatkan kemalangan dua buah motosikal.

"Hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang remaja lelaki berusia 19 tahun dari arah Pengkalan Kubor.

"Setiba di lokasi kejadian, remaja tersebut dipercayai telah memotong sebuah kereta dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan ditunggang seorang lelaki berusia 62 tahun," katanya.

Menurut beliau, akibat kejadian tersebut warga emas terbabit maut di lokasi kejadian.

Beliau berkata, penunggang remaja lelaki pula meninggal dunia ketika sampai di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk menerima rawatan.

Amran memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung dengan kejadian tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran di talian 09-7257222.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28