Terengganu tak berhasrat tukar nama Pasar Payang - MB

Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Ahmad Samsuri)
Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Ahmad Samsuri)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu tidak berhasrat untuk menukar nama Pasar Payang kepada suatu nama yang lain.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana nama pasar itu sendiri mempunyai sejarahnya tersendiri yang sudah dekat dengan hati rakyat tempatan.

"Ramai yang ajukan pertanyaan berkaitan cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Nga Kor Ming) membabitkan penukaran nama Pasar Kedai Payang kepada Central Market @ Pasar Payang.

"Kerajaan Negeri Terengganu tidak berhasrat untuk menukar nama pasar tersebut.

"Ini disebabkan nama Pasar Payang itu sendiri mempunyai susur galur sejarah, budaya dan resam yang unik serta dekat di hati rakyat Terengganu," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Pasar Payang 1 yang baharu. Foto Facebook Ahmad Samsuri Mokhtar
Pasar Payang 1 yang baharu. Foto Facebook Ahmad Samsuri Mokhtar

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya ingin memfokuskan untuk membangunkan Pasar Payang supaya menjadi tumpuan rakyat.

"Apa yang mahu dicapai oleh pihak kerajaan negeri ialah menjadikan Pasar Payang sebagai 'pasar utama' bagi Terengganu yang menjadi tumpuan, pusat aktiviti pelancongan dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

"Ini sesuai dengan sifat serta sejarahnya di kedudukan tengah negeri Terengganu dan pesisir Pantai Timur," jelasnya.

Pada Rabu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencadangkan agar Pasar Payang 1 dijenamakan semula sebagai Central Market@ Pasar Payang bagi menjadikan Terengganu sebagai destinasi budaya dan warisan negara kepada pelancong luar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, usaha itu juga dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Pasar Payang sekali gus menjadikan ia sebagai pasar pelancongan dengan menawarkan persekitaran yang menarik dan moden.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28