Isu Palestin: Kerajaan disaran kaji BDS di peringkat negara

Program Interviu bertajuk “Hilangkah Palestin Dari Peta Dunia??” menampilkan Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh (kanan) dan dihoskan oleh Haizir Othman yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Program Interviu bertajuk “Hilangkah Palestin Dari Peta Dunia??” menampilkan Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh (kanan) dan dihoskan oleh Haizir Othman yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disarankan supaya mengkaji pelaksanaan Boycott Divestment Sanctions (BDS) di peringkat negara sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tindakan tersebut tidak perlu dilakukan secara meluas namun boleh dimulakan dengan negara yang jelas menyuarakan sokongan mereka terhadap Israel.

Beliau berkata, maksudnya ia dilakukan secara bersasar dan bukan keseluruhan barangan.

"Misalnya, Amerika Syarikat. Ada barangan tertentu mereka yang mungkin kita tidak payah beli, boleh buat.

"Kalau kita nak nak boikot semua barangan, ia menyukarkan, mungkin ada perjanjian yang berlaku antara kita dengan negara-negara tertentu. Jadi, itu menyebabkan kesulitan untuk kita melaksanakan BDS ini secara meluas, saya faham," katanya.

Beliau berkata demikian selaku tetamu jemputan pada program Interviu siri 04 bertajuk Palestin di ambang kemusnahan?

Tambah Syed Ibrahim, perkara itu sudah pun dibincangkan di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen khususnya berkenaan ekonomi, kewangan dan juga hubungan antarabangsa.

"Saya pernah timbulkan apakah kita boleh lihat BDS ini ditingkatkan di peringkat kerajaan dan saya percaya kepimpinan negara sedar tentang perkara ini.

Artikel Berkaitan:

"Cuma kita perlu kenal pasti di mana kita boleh laksanakannya," jelasnya.