Orang ramai lancar petisyen gesa AS disingkir daripada PBB

Satu petisyen dilancarkan dalam laman web gesa AS diusir keluar daripada PBB. - Agensi
Satu petisyen dilancarkan dalam laman web gesa AS diusir keluar daripada PBB. - Agensi
A
A
A

NEW YORK - Satu kempen dalam talian yang mendesak Amerika Syarikat (AS) disingkirkan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menolak gencatan senjata Hamas-Israel telah dilancarkan dalam laman web www.change.org.

Petisyen itu juga dibuat selepas beberapa negara di seluruh dunia yang beberapa kali mengundi untuk gencatan senjata telah gagal selepas AS menggunakan kuasa veto atau berkecuali daripada undian tersebut.

Setakat berita ini dikemas kini jam 4 petang tadi, petisyen itu telah mengumpul lebih 52,189 tandatangan warganet dan menyasarkan untuk meraih lebih 100,000 tandatangan.

"Genosid dan Apartheid mesti ditamatkan. Amerika bias.

"Kami tidak memerlukan negara yang menyokong Israel dan berterusan membunuh orang awam di Palestin," tulis petisyen itu.

Petisyen bertajuk 'End America's Genosid Veto: Expel USA From UN' mendesak AS menghentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh tentera Israel selain membenarkan bantuan makanan dihantar ke Gaza.

Petisyen ini turut menuntut agar AS diusir secara kekal daripada PBB selepas dilihat tidak berpihak kepada badan dunia itu tetapi sebaliknya menyokong serangan Israel terhadap penduduk Gaza.

Dalam kemas kini terbaharu, Kementerian Kesihatan melaporkan kematian di Gaza akibat perang Hamas-Israel telah mencecah hampir 30,000 mangsa, dengan semakin ramai kanak-kanak maut akibat kekurangan zat, dalam perang yang berlanjutan hampir lima bulan ini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28