Gesa henti perang, wartawan Israel terima ugutan bunuh

Abraham (kiri) ketika berucap pada Festival Filem Berlin baru-baru ini. Agensi
Abraham (kiri) ketika berucap pada Festival Filem Berlin baru-baru ini. Agensi
A
A
A

BERLIN - Seorang wartawan dari Israel, Yuval Abraham berdepan ugutan bunuh susulan ucapannya ketika menerima anugerah pada Festival Filem Berlin baru-baru ini.

Dalam ucapannya itu, Abraham menggesa gencatan senjata di Gaza dan menamatkan dasar aparteid Israel ke atas Palestin yang disifatkan media Israel dan ahli politik Jerman sebagai anti-semitik.

Akibat ugutan bunuh itu, Abraham telah membatalkan rancangan untuk kembali ke Israel buat sementara waktu selepas kumpulan sayap kanan Israel berkunjung ke rumah keluarganya untuk mencarinya.

Bahkan, kumpulan berkenaan turut mengancam ahli keluarganya dan memaksa mereka berpindah ke bandar lain.

“Ini berlaku selepas media Israel dan ahli politik Jerman secara tidak masuk akal mempersoal ucapan yang saya sampaikan di Berlin yang mana ketika itu saya menyeru kesaksamaan antara Israel dan Palestin, gencatan senjata dan penamatan apartheid.

“Menggunakan terma anti-semitik ini oleh orang Jerman bukan sahaja untuk menutup mulut pengkritik Palestin-Israel, tetapi juga untuk menutup mulut orang Israel seperti saya yang menyokong gencatan senjata.

“Gencatan senjata itu akan menamatkan pembunuhan di Gaza dan membenarkan pembebasan tebusan Israel,” tulis Abraham di laman sosialnya pada Selasa.

Pada Sabtu lalu, Abraham dan rakannya dari Palestin, Basel Adra menerima anugerah Dokumentari Terbaik untuk filem arahan mereka iaitu No Other Land.

Artikel Berkaitan:

Filem berkenaan mengisahkan pengusiran dan perobohan kediaman penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki oleh pihak berkuasa Israel. - Agensi BERLIN