X

Kindly register in order to view this article
!

Rumah berkembar musnah dalam kebakaran

Anggota bomba memadamkan kebakaran di Jalan Langar, Batu Dua di sini pagi tadi.
A
A

ALOR SETAR - Dua premis berkembar berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Kee Chee, Jalan Langar, Batu Dua di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.17 pagi.

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dibantu BBP Jalan Raja tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 4.24 pagi bersama tiga jentera.

"Dua rumah berkembar yang dijadikan kedai menjual alat perkahwinan dan kedai makanan tersebut musnah 70 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pasukan BBP Alor Setar berjaya mengawal kebakaran jam 4.48 pagi menggunakan pancutan air dari jentera.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!