Air Selangor pinjam RM248.7 juta ganti paip lama

Amirudin semasa menjawab pertanyaan di sidang DUN Selangor pada Khamis.
Amirudin semasa menjawab pertanyaan di sidang DUN Selangor pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mendapatkan pinjaman sebanyak RM248.7 juta daripada kerajaan negeri bagi pelaksanaan projek penggantian paip air lama di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pinjaman itu tidak dikenakan sebarang faedah atas pinjaman.

"Selaras dengan terma dan syarat yang dipersetujui sebelum ini, pinjaman dijadualkan untuk dibayar balik secara ansuran selama 20 tahun yang hanya dimulakan selepas tempoh 10 tahun daripada tarikh permulaan pengeluaran pertama pembiayaan," katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis.

Harrison bertanya apakah tindakan kerajaan negeri Selangor bagi mendapatkan semula bayaran pinjaman daripada Air Selangor berjumlah RM248.7 juta.

Mengulas lanjut, Amirudin memberitahu, jadual bayaran balik dijangka bermula pada 11 Oktober 2027 sehingga 11 Oktober 2046.

"Kerajaan negeri komited untuk mengutip semula baki pinjaman yang terhutang oleh Air Selangor dengan kerajaan negeri bermula pada tahun 2031 akan datang.

"Amaun ansuran pertama berjumlah RM7.175 (tahun 2031) dan tahun-tahun seterusnya berjumlah RM12.435 juta setahun (tahun 2032 sehingga 2046)," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!