Manchester United, Liverpool berentap suku akhir

Casemiro
Casemiro
A
A
A

JARINGAN penghujung separuh masa kedua pemain Brazil, Casemiro menghantar gergasi Inggeris, Manchester United ke suku akhir Piala FA selepas menang 1-0 ke atas Nottingham Forest dalam perlawanan pusingan kelima di City Ground.

Tandukan minit ke-89 Casemiro hasil sentuhan Bruno Fernandes membolehkan juara 12 kali kejuaraan kendalian Erik ten Hag itu berdepan sensasi Inggeris, Liverpool dalam aksi suku akhir di Old Trafford.

Gol tersebut juga mengimbau memori silam tandukan tersohor Mark Robins ketika menentang Forest pada 1989 yang memastikan kemaraan United dalam perlawanan penting Piala FA yang membantu menyelamatkan tugas pengurus Alex Ferguson ketika itu.

Skuad Ten Hag berada di tangga keenam dalam Liga Perdana Inggeris dan kekalahan hujung minggu lalu kepada Fulham meninggalkan harapan mereka untuk menamatkan saingan di empat teratas dan tempat Liga Juara-Juara samar.

“Sejujurnya ia adalah perlawanan penting untuk kami menang dan saya amat gembira. Kami bekerja keras dan ini adalah ganjaran kami.

“Di Manchester United anda mesti menang. Ia adalah perlawanan yang sukar menentang lawan yang bagus," kata penjaga gol Andre Onana.

Sementara itu, jaringan pemain remaja Jayden Danns (minit ke-44) dan Lewis Koumas (m-73, m-88) memberi inspirasi kepada Liverpool untuk menang 3-0 ke atas Southampton di Anfield.

Chelsea yang dikecewakan 0-1 Liverpool di pentas perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini bangkit mengatasi kelab Liga Kejuaraan Leeds United 3-2 di Stamford Bridge hasil jaringan Conor Gallagher minit ke-90, mengurangkan tekanan ke atas Mauricio Pochettino.

Artikel Berkaitan:

Wolverhampton Wanderers pula mara selepas menewaskan Brighton & Hove Albion 1-0 hasil jaringan minit kedua Mario Lemina di Molineux.

Keputusan Piala FA

Pusingan Kelima

Nottingham Forest 0-1 Manchester United

Wolves 1-0 Brighton

Liverpool 3-0 Southampton

Suku Akhir

16 Mac

Manchester City lwn Newcastle United, 11 malam

Chelsea lwn Leicester City, 11 malam

Wolves lwn Coventry City, 11 malam

Liverpool lwn Manchester United, 11 malam

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!