Wanita Kelantan suka senyum, jangka hayat lebih panjang

Ahli Majlis Perundingan Wanita Negeri dan Parlimen yang menerima watikah perlantikan pada Rabu.
Ahli Majlis Perundingan Wanita Negeri dan Parlimen yang menerima watikah perlantikan pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Wanita Kelantan sinonim murah dengan senyuman selain memiliki purata jangka hayat yang lebih panjang iaitu 74.8 tahun berbanding lelaki 69.5 tahun.

Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), populasi rakyat Kelantan adalah 1.86 juta (anggaran tahun 2023) yang terdiri daripada 50.2 peratus lelaki dan 49.8 peratus wanita.

Menurut beliau, dari segi julat umur rakyat Kelantan mereka yang berusia baru lahir hingga 14 tahun ialah seramai 29.5 peratus, 15 hingga 65 tahun sebanyak 63.8 peratus manakala 65 tahun ke atas adalah 6.7 peratus.

Rohani
Rohani

“Dari segi jangka hayat penduduk Kelantan, wanita lebih panjang umur kerana mereka sentiasa ceria, suka senyum dan kuat bekerja.

“Selainnya, mereka sangat menjaga pemakanan dengan melebihkan makan ulam-ulaman dan kaum ibu juga patuh pada amalan berpantang selepas bersalin,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Watikah Lantikan Majlis Perundingan Wanita Kelantan, di sini pada Rabu.

Menurut beliau, wanita Kelantan yang berusia dianggap masih sihat dan produktif untuk bergerak dalam masyarakat dengan kapasiti masing-masing.

Menyedari hakikat itu, pihak kerajaan negeri Kelantan merencana pelbagai program untuk memastikan kebajikan golongan tersebut sentiasa terjaga.

Artikel Berkaitan:

“Kelantan mempunyai dasar warga emas yang menjadi antara kaedah dan pelan berstrategi untuk ‘mengasuh’ atau cakna terhadap mereka.

“Kerajaan Kelantan juga berperanan dalam memudahkan lebih banyak kewujudan rumah-rumah orang tua sebagai tempat perlindungan mereka yang sudah berusia,” katanya.

Rohani (kiri) menyampaikan watikah kepada atlet angkat berat paralimpik, Sharifah Raudzah Syed Akil (tengah).
Rohani (kiri) menyampaikan watikah kepada atlet angkat berat paralimpik, Sharifah Raudzah Syed Akil (tengah).

Sementara itu, pada majlis tersebut seramai 34 ahli Majlis Perundingan Wanita Negeri dan 438 ahli Majlis Perundingan Wanita Parlimen menerima watikah untuk tempoh sidang ke-6 (2023-2025).

Tambah Rohani, lantikan itu ialah langkah progresif dalam memberikan penekanan kepada pentingnya peranan wanita dalam pembangunan negeri dan masyarakat.

“Majlis ini akan menjadi medium efektif dalam merangka dasar-dasar yang menyokong perkembangan dan kesejahteraan wanita di Kelantan,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28