Fiesta PERKESO Membawa Senyuman platform menyantuni masyarakat


Aktiviti zumba yang diadakan di Fiesta PERKESO Membawa Senyuman.
Aktiviti zumba yang diadakan di Fiesta PERKESO Membawa Senyuman.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menganjurkan program 'Fiesta PERKESO Membawa Senyuman' di pusat beli belah MyTOWN selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mac ini.

Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, sebanyak 33 reruai disediakan merangkumi pelbagai kaunter perkhidmatan membolehkan masyarakat berinteraksi secara langsung dengan kakitangan bertugas.

Menurutnya, perlaksanaa itu merupakan kesinambungan program penjenamaan PERKESO 2024 dalam menyantuni masyarakat dengan menyediakan perlindungan keselamatan sosial komprehensif serta holistik.

Subahan Kamal
Subahan Kamal

"Melalui program ini juga, kami turut bawakan perkhidmatan PERKESO secara lebih dekat kepada orang ramai seperti kaunter khas MYFutureJobs untuk bantuan perkhidmatan pekerjaan, reruai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).

"Pengunjung yang hadir boleh mengunjungi reruai PERKESO sekiranya mahu bertanyakan soalan dan mendapat maklumat lebih terperinci mengenai skim perlindungan sosial serta perkhidmatan yang disediakan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian 'Fiesta PERKESO Membawa Senyuman' di pusat beli-belah MyTOWN di sini pada Sabtu.

Forum Kemandirian Wanita bersama Rozita Che Wan (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Forum Kemandirian Wanita bersama Rozita Che Wan (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal; Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed; dan Pengurus Besar Pusat Beli Belah MyTOWN, Mohd Azhan Che Mat.

Artikel Berkaitan:

Program selama tiga hari itu bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung antaranya forum Kemandirian Wanita bersama Rozita Che Wan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, podcast ’Susah ke cari kerja?’ bersama personaliti radio, Tyzo, kebaya showcase dan zumba.

Pengunjung yang hadir ke reruai yang disediakan di Fiesta PERKESO Membawa Senyuman pada Sabtu.
Pengunjung yang hadir ke reruai yang disediakan di Fiesta PERKESO Membawa Senyuman pada Sabtu.

Dalam pada itu, Subahan menambah, PERKESO prihatin terhadap kebajikan masyarakat dengan menitikberat perlindungan sosial bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan segenap lapisan masyarakat secara menyeluruh

"Orang ramai dijemput hadir untuk menyertai Fiesta PERKESO Membawa Senyuman yang berlangsung untuk merasai dan menyertai aktiviti menarik yang telah disediakan," ujarnya.