Perang Palestin-Israel: Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit - NGO

Beberapa rakyat Palestin meninggalkan kediaman mereka yang telah dibom oleh zionis Israel, pada Isnin. - Foto AP
Beberapa rakyat Palestin meninggalkan kediaman mereka yang telah dibom oleh zionis Israel, pada Isnin. - Foto AP
A
A
A

JERUSALEM - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Save the Children mendedahkan setiap seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit di Gaza dalam perang yang berlanjutan antara Israel dan Hamas.

Jurucakap Save the Children cawangan Palestin, Jason Lee berkata, dalam situasi perang itu juga, seramai 20,000 orang awam cedera dengan satu daripada tiga mangsa merupakan kanak-kanak.

Di Gaza juga kata Lee, menyaksikan peningkatan kes penyakit berjangkit disebabkan jumlah mangsa perang meningkat setiap hari selain kekurangan amalan kebersihan.

Dalam masa sama, beliau meluahkan kebimbangan wabak influenza juga berupaya tersebar.

Kebimbangan turut berganda berikutan trak-trak yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pula 'tidak berupaya menyelesaikan krisis atau masalah.'

Turut menyedihkan, doktor-doktor bedah melakukan pembedahan tanpa menggunakan ubat tahan sakit atau anestetik, manakala telefon bimbit digunakan sebagai sumber mendapatkan cahaya di pusat-pusat perubatan.

“Mereka kehilangan kemudahan perubatan dan terdapat juga 130 bayi pramatang dalam inkubator yang turut berpotensi tidak dapat berfungsi berikutan tiada bahan api,” ujar Lee lagi. - BBC

Artikel Berkaitan: