Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula terima pengunjung

Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula menerima pengunjung untuk menikmati pengalaman menyelusuri perjalanan kehidupan bintang bola sepak kelab Al-Nassr itu.
Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula menerima pengunjung untuk menikmati pengalaman menyelusuri perjalanan kehidupan bintang bola sepak kelab Al-Nassr itu.
A
A
A

RIYADH - Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula menerima pengunjung untuk menikmati pengalaman menyelusuri perjalanan kehidupan bintang bola sepak kelab Al-Nassr itu.

Muzium tersebut mempamerkan barang kegemaran dan piala paling berharga milik Ronaldo.

Daripada anugerah berprestij Ballon d’Or hingga Piala Liga Juara-Juara, pengunjung dapat secara langsung melihat pelbagai anugerah yang pernah diterima Ronaldo. Muzium itu juga dilengkapi kawasan interaktif dan permainan yang memenuhi cita rasa kanak-kanak dan juga golongan dewasa.

Ronaldo juga merupakan salah seorang atlet yang paling terkenal dan terkaya di dunia. Buktinya beliau dibayar 200 juta euro (RM1.07 bilion) setahun oleh kelab Liga Pro Saudi itu, dan bonus sekitar 100 juta euro (RM535.45 juta) selepas menandatangani kontrak sehingga Jun 2025.

Arab Saudi membelanjakan berbilion dolar untuk cuba mengubah rantau itu menjadi kuasa sukan dan hiburan.

Bekas penyerang Portugal itu pernah bermain untuk pasukan Real Madrid, Juventus dan Manchester United. - Awani

@sinarharianonline

Muzium Cristiano Ronaldo di Riyadh mula terima pengunjung #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Dunia #Global #Sukan #CristianoRonaldo #Riyadh #Muzium #CR #BolaSepak #AlNassr

Drive Forever - T3NZU

Artikel Berkaitan: