Cristiano Ronaldo atlet paling dicari dalam sejarah 25 tahun Google

Pemain Al-Nassr berusia 38 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada Google atas pengiktirafan menjadi atlet paling dicari dalam sejarah Google di akaun Instagramnya. - Foto Stadium Astro
Pemain Al-Nassr berusia 38 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada Google atas pengiktirafan menjadi atlet paling dicari dalam sejarah Google di akaun Instagramnya. - Foto Stadium Astro
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo menjadi atlet yang paling banyak dicari dalam sejarah Google, selepas kerjaya menakjubkan yang meliputi pelbagai pencapaian.

Pemain Al-Nassr berusia 38 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada Google atas pengiktirafan menjadi atlet paling dicari dalam sejarah Google di akaun Instagramnya, yang mempunyai kira-kira 615 juta pengikut.

Pencapaian ini datang selepas kerjaya yang luar biasa yang menjangkau lebih sedekad, di mana Ronaldo telah mengumpul pelbagai anugerah, termasuk lima anugerah Ballon d’Or dan lima gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Pencapaian itu tidak mengejutkan kerana bintang Portugal itu mempunyai kira-kira 615 juta pengikut di Instagram sahaja berbanding saingan lamanya Lionel Messi yang akaun Instagramnya mempunyai 495 juta pengikut.

Walaupun kedua-dua Ronaldo dan Messi sering bersaing antara satu sama lain di atas padang, namun penyerang Portugal itu tidak mempunyai perbandingan dalam menarik minat orang ramai.

Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu mempunyai penyokong tegar di seluruh pelosok dunia dan merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak lelaki.

Pada tahun 2023 sahaja, dia telah menjaringkan 50 gol — paling banyak bagi mana-mana pemain dalam tahun kalendar ini, mengatasi pemain seperti Kylian Mbappe, Harry Kane dan sudah tentu Messi.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro

Artikel Berkaitan: