SMK Shah Alam buru permulaan positif


Anak buah Mohd Akid Aiman memburu keputusan positif apabila berdepan SMK Dato Harun dalam aksi Piala Sumbangsih perlawanan pembuka tirai Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15.
Anak buah Mohd Akid Aiman memburu keputusan positif apabila berdepan SMK Dato Harun dalam aksi Piala Sumbangsih perlawanan pembuka tirai Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15.
A
A
A

PENYANDANG juara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam tekad menyingkap saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 tahun (B-15) 2023 pada Rabu dengan keputusan positif.

Malah keputusan berdepan SMK Dato' Harun dalam perebutan Piala Sumbangsih, aksi pembuka tirai di Padang Sintetik MBSA, Seksyen 19 Shah Alam, juga penting untuk melihat prestasi sebenar pasukan dari Shah Alam itu.

“Tugasan yang amat berat untuk mempertahankan kejuaraan pada 2023 setelah pasukan Bawah 18 terkandas sebelum ini.

“Jadi harapan yang tinggi disandarkan pada pasukan Bawah 15 untuk mengubat kekecewaan dalam kejohanan ini,” menurut pengendali skuad bola sepak bawah 15 tahun SMK Shah Alam, Mohd Akid Aiman Mohd Zanggi.


Imbas kembali skuad SMK Shah Alam juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2022.
Imbas kembali skuad SMK Shah Alam juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2022.

Mengenai persiapan pasukan, menurut Akid Aiman, pasukan menggabungkan pemain daripada Pusat Latihan Daerah Petaling Perdana yang berpusat di sini dengan pemain tahun lalu.

“Ini bertujuan memantapkan setiap bahagian pasukan dalam usaha meraih keputusan positif bermula dengan Piala Sumbangsih.

“Jadi saya harap pemain-pemain akan mempraktikkan segala perancangan sesi latihan dalam perlawanan sebenar,” katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Mengenai pasukan SMK Dato' Harun, Mohd Akid Aiman menyifatkan pasukan dari Tanjung Karang itu antara pasukan terbaik dan memiliki pemain berkualiti di Selangor.

“Perlawanan ini akan menjadi aksi yang menarik dan akan menaikkan semangat para pemain jika dapat memenangi perlawanan,” katanya.


Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15

Piala Sumbangsih

RABU (8 November)

SMK Shah Alam lwn SMK Dato' Harun

(Padang Sintetik MBSA, Seksyen 19 Shah Alam, 3 petang)