Gandingan baharu, lama taruhan SMK Dato’ Harun gegar Shah Alam

Mohd Afindi bersama pemain-pemain SMK Dato’ Harun yang akan berdepan SMK Shah Alam dalam aksi pembuka tirai Piala Datuk Mokhtar Dahari B15 merebut Piala Sumbangsih pada Rabu.
Mohd Afindi bersama pemain-pemain SMK Dato’ Harun yang akan berdepan SMK Shah Alam dalam aksi pembuka tirai Piala Datuk Mokhtar Dahari B15 merebut Piala Sumbangsih pada Rabu.
A
A
A

PEMAIN-pemain baharu menjadi taruhan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Harun apabila berdepan penyandang juara SMK Shah Alam dalam aksi pembuka tirai Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 (B15) merebut Piala Sumbangsih pada Rabu.

Menurut pengendali pasukan bola sepak B15 SMK Dato’ Harun, Mohd Afindi Suaid, pasukan itu melakukan persediaan cukup rapi bagi memperkuatkan semula kesemua bahagian pasukan dari Shah Alam tersebut.

“Kami juga telah melakukan beberapa perubahan dari segi pemain selepas kehilangan beberapa tonggak utama yang berpindah sekolah sebelum ini.

“Saya percaya pemain-pemain baharu yang membarisi pasukan kali ini dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Gandingan baharu lama menjadi sandaran SMK Dato’ Harun dalam saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B15 2023.
Gandingan baharu lama menjadi sandaran SMK Dato’ Harun dalam saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B15 2023.

“Dan motivasi para pemain SMK Dato’ Harun juga berada pada tahap terbaik untuk memberi saingan kepada SMK Shah Alam,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Mengenai aksi berdepan jagoan dari Shah Alam itu, Mohd Afindi berkata, “Saya menjangkakan satu perlawanan yang sengit apatah lagi SMK Shah Alam mempunyai pemain-pemain berkualiti kategori B15.

“Pada masa sama SMK Shah Alam yang tampil dengan status juara bertahan sudah pasti bertekad melunas dendam bagi skuad B18 yang tersingkir di suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B18 tahun sebelum ini.”

Artikel Berkaitan:

Aksi Piala Sumbangsih menemukan SMK Dato’ Harun dan SMK Shah Alam, menyingkap saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15, edisi ketujuh di Padang Sintetik Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 Shah Alam mendapat tajaan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Sebagai rekod, saingan peringkat kumpulan kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 bermula pada 8 November hingga 4 Disember.

Kesemua pasukan terbabit dibahagikan kepada lapan kumpulan yang menyaksikan setiap mengandungi empat pasukan.

Juara dan naib juara kumpulan layak ke pusingan kedua yang akan berlangsung pada 27 November.

No Image Caption

Kemudian diikuti dengan perlawanan suku akhir pada 29 November, separuh akhir 1 Disember dan perlawanan akhir 4 Disember.

Penganjur masih mengekalkan format Piala Juara - Juara Sekolah dari Kejohanan Bolasepak Majlis Sukan-Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Selangor.


Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15

Piala Sumbangsih

RABU (8 November)

SMK Shah Alam lwn SMK Dato' Harun

(Padang Sintetik MBSA, Seksyen 19 Shah Alam, 3 petang)