100 sukarelawan YBR bersihkan Zoo Melaka

Sukarelawan yang menyertai Program Khidmat Program Community Heroes YBR di Zoo Melaka pada Sabtu.
Sukarelawan yang menyertai Program Khidmat Program Community Heroes YBR di Zoo Melaka pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Seramai 100 sukarelawan menyertai Program Khidmat Bakti di bawah Program Community Heroes Yayasan Bank Rakyat (YBR) membersihkan kawasan Zoo Melaka pada Sabtu.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang turut mendapat kerjasama Pertubuhan Peduli Waghih Negeri Sembilan itu melibatkan pelajar tajaan YBR menjalankan aktiviti pembersihan dan menceriakan kawasan zoo untuk keselesaan pengunjung.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, inisiatif berkenaan memberi peluang kepada golongan belia untuk membina ilmu baharu, membangunkan jati diri serta membantu kepada pembangunan dan kebajikan masyarakat.

"Program ini merupakan antara CSR YBR melalui perkembangan kemahiran bagi meningkatkan kualiti hidup manusia dan alam sekitar.

"Ia bukan sahaja dapat melahirkan generasi belia prihatin dan penyayang, tetapi berupaya bertindak sebagai penebat atau pendinding kepada golongan remaja daripada terjebak dengan gejala negatif yang mampu menjejaskan keharmonian negara," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Syaiful Rizal, program Community Heroes YBR terbuka kepada pelajar tajaan yayasan yang berminat untuk memberi khidmat kepada masyarakat menerusi perkongsian dan menyumbangkan pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tenaga sukarelawan.

Ujarnya, antara aktiviti yang dilakukan termasuk pembersihan kandang, pemberian makan kepada haiwan, membaikpulih taman permainan, pendedahan mengenai tatacara pemeliharaan serta pengetahuan berkenaan pemuliharaan haiwan dan alam sekitar.

Artikel Berkaitan: