Netanyahu ikut kepala sendiri lagi

Penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Hoda di Rafah yang separa musnah dibedil Israel pada pertengahan bulan lalu. Foto AFP
Penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Hoda di Rafah yang separa musnah dibedil Israel pada pertengahan bulan lalu. Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Demi merealisasikan matlamat jahat, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sekali lagi membuat pelan mengikut kepala sendiri yang turut mengundang kritikan daripada sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS).

Rancangan baharu itu diumumkan selepas kempen pengeboman ganas menyasarkan kawasan perumahan di selatan Genting Gaza yang meragut sejumlah nyawa.

Pemimpin ekstremis itu membentangkan pelan pasca perang di Gaza yang kononnya akan dikendalikan pegawai Palestin tanpa ada kaitan dengan Hamas yang mentadbir wilayah terkepung itu sejak 2007.

“Tentera Israel bebas untuk beroperasi di enklaf tersebut walaupun selepas perang berakhir. Ia bertujuan untuk mengekang kebangkitan semula sebarang aktiviti seperti Hamas,” menurut kandungan rancangan tersebut.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam satu kenyataan bagaimanapun menolak pelan tersebut malah Washington juga enggan berdiam diri.

“Saya akan memberi pertimbangan setelah melihat kesemua butiran. Tetapi, AS menentang keras sebarang tindakan 'pendudukan semula' ke atas Gaza,” tegas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

Pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan juga menentang pelan itu yang disifatkan sebagai mustahil untuk dilaksanakan.

“Netanyahu hanya bentangkan idea yang beliau tahu tidak akan dapat direalisasikan,” sindirnya.

Artikel Berkaitan:

Sehingga Sabtu, angka korban kezaliman rejim Zionis telah meningkat kepada 29,606 orang manakala 69,737 lagi cedera setelah kempen pencerobohan itu berlarutan selama 139 hari. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!