Ketua pembangkang Israel seru Benjamin Netanyahu letak jawatan

Untuk kali pertama sejak perang bermula, pemimping pembangkang Israel, Yair Lapid menyeru Benjamin Netanyahu untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail REUTERS
Untuk kali pertama sejak perang bermula, pemimping pembangkang Israel, Yair Lapid menyeru Benjamin Netanyahu untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail REUTERS
A
A
A

TEL AVIV - Untuk kali pertama sejak perang bermula, pemimping pembangkang Israel, Yair Lapid menyeru Benjamin Netanyahu untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Portal berita Al Jazeera melaporkan, dalam temu bual dengan saluran berita Channel 12 Israel, tokoh pembangkang itu menegaskan, Netanyahu sepatutnya meletak jawatan kerana beliau telah kehilangan kepercayaan daripada rakyat.

“Netanyahu harus segera berundur semasa pertempuran ini berlangsung. Kita perlukan sebuah kerajaan yang boleh dipercayai," kata pemimpin parti Yesh Atid ini secara terbuka.

Dalam masa sama, Lapid mencadangkan parti pimpinan beliau boleh membentuk sebuah kerajaan dengan Likud Netanyahu dan parti politik lain.

Dalam masa sama, Times of Israel melaporkan, Likud mengkritik seruan yang dibuat Lapid dan menuduhnya "bermain politik semasa perang." - Agensi/ Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!