Pelancong berpeluang nikmati akses internet tanpa had

Dr Noor Zari Hamat (berdiri kiri) dan Rosli (berdiri kanan) menyaksikan Musa (duduk kiri) dan Izlyn (duduk kanan) menandatangani dokumen persefahaman pada Majlis Menandatangani Rakan Tekekomunikasi Strategik bagi Visit Truly Asia Malaysia 2020 antara TM dan Tourism di Menara Kuala Lumpur hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Dr Noor Zari Hamat (berdiri kiri) dan Rosli (berdiri kanan) menyaksikan Musa (duduk kiri) dan Izlyn (duduk kanan) menandatangani dokumen persefahaman pada Majlis Menandatangani Rakan Tekekomunikasi Strategik bagi Visit Truly Asia Malaysia 2020 antara TM dan Tourism di Menara Kuala Lumpur hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020), pelancong antarabangsa berpeluang menikmati akses internet tanpa had sepanjang bercuti di negara ini.

Inisiatif tersebut merupakan kerjasama antara Tourism Malaysia dan Telekom Malaysia (TM) sebagai langkah untuk mempromosikan kempen TMM2020.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Dr Noor Zari Hamat berkata, pihaknya menyasarkan 30 juta kedatangan pengunjung dan RM100 bilion perbelanjaan pelancong pada tahun ini.

"Kerjasama ini menggambarkan usaha kukuh kedua-dua pihak untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi terkini, memanfaatkan pemasaran digital dan memaksimumkan kempen pemasaran bersepadu untuk memacu industri pelancongan di Malaysia.

"Kerjasama ini turut memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu sambungan internet jalur lebar untuk pelancong, promosi kempen menerusi aset-aset digital TM dan promosi kempen menerusi aset domestik dan antarabangsa," katanya pada Majlis Menandatangani Rakan Telekomunikasi Strategik antara Tourism Malaysia dan TM bagi TMM2020 di sini hari ini.

Menurutnya, kerjasama antara Tourism Malaysia dan TM memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah destinasi pelancongan yang unik dan kaya dengan budaya untuk semua pengunjung dari seluruh dunia.

Sharifah Mariam Adlah Aljunied Esa menunjukkan Travel Pass pada Majlis Menandatangani Rakan Tekekomunikasi Strategik bagi Visit Truly Asia Malaysia 2020 antara TM dan Tourism di Menara Kuala Lumpur. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Sharifah Mariam Adlah Aljunied Esa menunjukkan Travel Pass pada Majlis Menandatangani Rakan Tekekomunikasi Strategik bagi Visit Truly Asia Malaysia 2020 antara TM dan Tourism di Menara Kuala Lumpur. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Sementara itu, Pengerusi TM, Rosli Man berkata, pihaknya amat teruja untuk menyokong Tourism Malaysia sebagai Rakan Telekomunikasi Strategik bagi kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020.

Artikel Berkaitan:

"Kerjasama ini bukan sahaja menggambarkan sokongan kami kepada industri pelancongan Malaysia, ia juga merupakan bukti komitmen berterusan kami untuk membawakan sambungan tanpa had kepada semua termasuk pelancong luar negara yang datang ke Malaysia agar mereka kekal berhubung dengan dunia digital, selaras dengan peranan kami ke arah merealisasikan aspirasi Negara Digital Malaysia.

"TM menerusi produk dan penyelesaian yang lengkap dan inovatif akan terus memberi khidmat kepada masyarakat dan gaya hidup digital, perniagaan digital dan industri vertikal serta kerajaan digital.” katanya.

Beliau berkata, pelan unifi Mobile istimewa, dikenali sebagai unifi Travel Pass, direka secara eksklusif untuk pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia.

Tambahnya, unifi Travel Pass menawarkan kebebasan untuk berhubung dengan pelan data berkelajuan tinggi tanpa had, akses kepada wifi tanpa had di seluruh negara menerusi wifi@unifi dan hiburan tanpa henti menerusi aplikasi playtv@unifi, menjadikannya SIM

untuk pelancong yang terbaik di Malaysia.

Hadir sama, Naib Presiden Jenama dan Komunikasi Kumpulan TM, Izlyn Ramli; Ketua Pengarah, Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof, dan tetamu kehormat serta kakitangan TM dan Tourism Malaysia.

Untuk rekod, unifi Travel Pass menawarkan SIM data berkelajuan tinggi tanpa had kepada pelancong untuk berhubung sepanjang berada di Malaysia. Mereka boleh memilih sama ada pas tujuh hari untuk RM30 atau pas 15 hari untuk RM60, kedua-duanya menawarkan data 4G/3G berkelajuan tinggi.

Ia turut didatangkan dengan kredit masa berbual untuk mereka membuat panggilan keluar dengan hanya RM0.20 seminit

dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan RM0.10 untuk satu SMS.

Selain itu, mereka boleh menambah nilai kredit pada bila-bila masa secara dalam talian atau boleh dibeli di lebih 15,000 vendor tambah nilai unifi Mobile seluruh negara.

Unifi Travel Pass boleh didapati di mobile.unifi.com.my/travepass bermula Januari 2020. Pelancong boleh memilih untuk mengambil kad SIM mereka di Pusat Penerangan Pelancongan Tourism Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2).