Ribut terbangkan bumbung sekolah agama

Mohd Fared ( tengah) melihat keadaan bumbung salah satu blok bangunan di Sekolah Agama ( SA) Kampung Sawah, yang dilanda ribut, di Pontian.
Mohd Fared ( tengah) melihat keadaan bumbung salah satu blok bangunan di Sekolah Agama ( SA) Kampung Sawah, yang dilanda ribut, di Pontian.
A
A
A

PONTIAN - Kejadian ribut yang berlaku pada petang Khamis, menyebabkan bumbung bangunan Sekolah Agama (SA) Kampung Sawah, Pekan Nanas dekat sini rosak teruk.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang dengan angin kencang disusuli hujan lebat.

Guru Besar sekolah terbabit, Arinah Parman berkata, akibat kejadian itu dua bilik darjah yang menempatkan hampir 100 murid turut terjejas.

Bumbung salah satu blok bangunan di Sekolah Agama ( SA ) Kampung Sawah, yang dilanda ribut, di Pontian pada petang Khamis.
Bumbung salah satu blok bangunan di Sekolah Agama ( SA ) Kampung Sawah, yang dilanda ribut, di Pontian pada petang Khamis.

Menurutnya, pusat sumber sekolah turut dimasuki air selain kerosakan pada siling dan tiga televisyen yang digunakan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran.

“Kerosakan dianggarkan kira-kira RM20,000 dan memerlukan baik pulih segera bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan terutamanya pada musim hujan," katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Dalam pada itu, Arinah berkata, SA Kampung Sawah mempunyai kira-kira 400 murid yang belajar pada sesi petang.

“Memandangkan sesi persekolahan baharu akan bermula tiga minggu lalu, diharap kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan segera,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nenas, Tan Eng Meng mengadakan lawatan ke sekolah tersebut pada Jumaat.

Mohd Fared melihat keadaan Sekolah Agama ( SA) Kampung Sawah, yang dilanda ribut, di Pontian.
Mohd Fared melihat keadaan Sekolah Agama ( SA) Kampung Sawah, yang dilanda ribut, di Pontian.

Mohd Fared berkata, pihak sekolah perlu menilai terlebih dahulu kerosakan bumbung, siling dan pendawaian bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilakukan.

"Peruntukan baik pulih akan diambil daripada peruntukkan kecemasan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Kerja-kerja baik pulih akan di buat segera dan perlu siap sebelum sesi persekolahan dimulakan," katanya.