Kroos kembali semula

Toni Kroos Foto: AFP
Toni Kroos Foto: AFP
A
A
A

PEMAIN tengah Real Madrid, Toni Kroos mengumumkan penampilan semula bersama pasukan kebangsaan Jerman selepas tiga tahun bersara di peringkat antarabangsa menjelang Euro 2024 di Jerman.

Kroos yang berusia 34 tahun, pemenang Piala Dunia 2014, mengumumkan persaraan daripada pasukan kebangsaannya pada Julai 2021 selepas Jerman diaibkan 0-2 England England pada pusingan 16 terbaik Euro 2020 di Wembley.

Kroos, yang membuat penampilan sulung antarabangsa pada 2010, meraih 106 caps bersama Jerman juga merangkul lima mahkota Liga Juara-Juara, antara senarai panjang gelaran kelab, dari zamannya di Bayern Munich dan Real.

“Kawan-kawan, mulai Mac dan seterusnya saya akan kembali bermain untuk Jerman sekali lagi...

“Kenapa ya? Kerana jurulatih pasukan kebangsaan bertanya kepada saya, kerana saya mahu dan pasti ada lebih banyak perkara yang mungkin berlaku terhadap pasukan ini di Euro daripada yang kebanyakan orang percaya pada masa ini,” kata Kroos dalam satu hantaran di media sosial.

Jerman merupakan tuan rumah dalam temasya bola sepak terbesar Eropah yang diadakan di 10 bandar utama bermula dari 14 Jun hingga 14 Julai.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: