Real Madrid kekal padu di Santiago Bernabeu

Rodrygo meraikan jaringan ketiga Real ketika berdepan Braga di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, awal pagi Khamis. - Foto AFP
Rodrygo meraikan jaringan ketiga Real ketika berdepan Braga di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, awal pagi Khamis. - Foto AFP
A
A
A

JARINGAN Brahim Diaz, Vinicius Jr dan Rodrygo memacu Real Madrid ke pusingan 16 Liga Juara-Juara dengan berbaki dua perlawanan Kumpulan C selepas membelasah kelab sensasi Portugal, Braga 3-0 di Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.

Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti sebelum perlawanan merehatkan beberapa pemain utama, termasuk penjaring terbanyak Jude Bellingham yang mengalami kecederaan bahu.

Namun juara 14 kali itu tampil lebih unggul apabila mengekalkan rekod 100 peratus untuk mendahului Kumpulan C dengan 12 mata daripada empat perlawanan.

Gergasi La Liga itu dijangka mengutip satu mata apabila melayan kunjungan Napoli di laman sendiri pada 30 November depan.

Napoli, juara Serie A Itali itu berada di tempat kedua dengan tujuh mata, empat mata di hadapan Braga di tempat ketiga.

Sementara itu, kelab sensasi Bundesliga Jerman, Union Berlin berada di kedudukan tercorot dengan satu mata selepas seri 1-1 menentang Napoli.

“Saya gembira dengan tiga mata ini kerana ini merupakan permainan yang sempurna, tiga gol, kami tidak bolos... Saya gembira untuk gol, bantuan dan, sudah tentu juga untuk kemenangan dan kemaraan yang merupakan perkara yang paling penting.

“Kami mempunyai banyak kualiti ditambah dengan kepelbagaian pemain. Jika kami mempunyai hari yang baik, sukar untuk menghalang pasukan ini daripada menjaringkan gol.

Artikel Berkaitan:

“Hari ini berjalan dengan baik dan kami berharap ia berterusan seperti ini untuk perlawanan seterusnya,” kata Rodrygo.