Tanpa Bellingham tiada masalah buat Real Madrid

Pemain Real Madrid meraikan kemenangan ke atas Valencia dalam aksi La Liga di laman sendiri awal pagi Ahad. Foto AFP
Pemain Real Madrid meraikan kemenangan ke atas Valencia dalam aksi La Liga di laman sendiri awal pagi Ahad. Foto AFP
A
A
A

TANPA penyerang sensasi, Jude Bellingham tiada masalah buat Real Madrid untuk membelasah Valencia 5-1 dalam saingan La Liga di laman sendiri awal pagi Ahad.

Dani Carvajal membuka jaringan buat skuad Los Blancos sebelum duo Brazil, Vinicius Junior dan Rodrygo meledak gol berganda pada akhir babak pertama dan separuh masa kedua.

Kemenangan itu disifatkan oleh jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti sebagai persembahan terbaik anak buahnya sepanjang kempen kali ini.

“Ia permainan terbaik, Valencia gagal mempamerkan aksi sebenar mereka kerana kami bermain dengan sangat baik.

“Dalam dua perlawanan terakhir kami tampil sebagai pasukan yang lengkap, bermain dengan baik, berkualiti, penuh pengorbanan dan komitmen,” ujar Ancelotti.

Dalam aksi itu, gol saguhati pasukan pelawat diperoleh menerusi jaringan Hugo Duro pada minit ke-88.

Madrid turun tanpa Jude Bellingham yang berada di Santiago Bernabeu setelah mengalami kecederaan bahu.

Kemenangan itu membantu Madrid memperoleh 32 mata untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu, Girona dengan perbezaan dua mata.

Artikel Berkaitan: