Think Quran mantapkan pengisian rohani

Zalina
Zalina
A
A
A

SHAH ALAM - Aplikasi pembelajaran Think Quran berupaya memantapkan pengisian rohani pengguna dalam usaha mencapai visi 100 juta umat Islam memahami bahasa al-Quran di seluruh dunia.

Pesara guru, Zalina Arsyad, 57, berkata, perkara itu boleh dilaksanakan apabila para pempengaruh media sosial bersama-sama memainkan peranan mengajak umat Islam ke arah kebaikan menerusi Think Quran.

“Saya rasa perkara sebaik ini perlu penyertaan daripada pempengaruh, lebih ramai lebih bagus.

“Melihat kepada perkembangan positif selepas saya gunakannya sejak awal tahun ini, saya rasa memang terbaiklah Think Quran ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Think Osem Sdn Bhd (Think Osem), di sini pada Rabu.

Think Osem merupakan syarikat yang membangunkan aplikasi Think Quran dan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Karya Bestari pada 24 Disember tahun lalu.

MoU itu merupakan kerjasama bagi memastikan umat Islam boleh memahami kandungan al-Quran dengan lebih mudah walaupun tanpa asas bahasa Arab.

No Image Caption

Malah, Think Osem bersama-sama WUIF dan Kumpulan Karangkraf turut melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran pada 12 Januari lalu bagi menggalakkan orang ramai membaca dan memahami al-Quran.

Artikel Berkaitan:

Zalina yang juga ibu kepada lima orang anak memberitahu, dia mampu mengenal pasti lebih daripada 170 patah perkataan bahasa Arab daripada al-Quran sepanjang menggunakan aplikasi berkenaan.

Jelasnya, penerapan elemen interaktif dalam Think Quran membantunya untuk menghafal dengan mudah, lebih-lebih lagi dengan adanya pertandingan liga.

“Jadi, apabila buat latih tubi, saya percaya bahawa saya boleh kerana sememangnya pengulangan adalah kunci kepada kejayaan untuk mudah ingat.

“Keutamaan saya ketika ini ialah untuk tambah baik pengisian rohani dan mencari rahmat ALLAH SWT sebanyak mungkin,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28