Elemen permainan dalam Think Quran cetus minat golongan muda

Elemen permainan dalam aplikasi ini dapat memenuhi kehendak pengguna muda. (Gambar kecil: Abdul Rusyaidi)
Elemen permainan dalam aplikasi ini dapat memenuhi kehendak pengguna muda. (Gambar kecil: Abdul Rusyaidi)
A
A
A

SHAH ALAM - Inovasi terkini dalam dunia teknologi, aplikasi Think Quran, telah menarik perhatian golongan muda dengan cara yang unik.

Dikembangkan oleh Syarikat Think Osem Sdn Bhd, aplikasi ini tidak hanya mendekatkan al-Quran kepada generasi muda, tetapi juga membantu mereka memahami dan menghayati isi kandungannya.

Pengguna Think Quran, Abdul Rusyaidi Abdul Rahman, 27, berkata, aplikasi itu berhasil menyelaraskan elemen permainan dengan pembelajaran al-Quran yang mana telefon pintar telah menjadi kecenderungan masyarakat ketika ini.

No Image Caption

"Kita lihat di mana-mana pun, kanak-kanak berusia serendah dua tahun sudah mahir menggunakan telefon pintar, melihat video di YouTube, dan bermain permainan.

“Jadi, Think Quran memberikan alternatif menarik bagi mereka dan saya sendiri untuk belajar fahami bahasa al-Quran," katanya kepada Sinar Harian.

Aplikasi Think Quran bukan sekadar sebuah aplikasi pembelajaran, tetapi juga sebuah pengalaman yang menyeronokkan.

Dengan fitur-fitur seperti liga dalam aplikasi, saya merasa terdorong untuk terus menggunakan aplikasi ini.

Artikel Berkaitan:

Menurut Abdul Rusyaidi, dia akan terus belajar dan mengulangi pelajaran kerana tidak mahu ketinggalan dalam liga.

"Saya dapat lihat bahawa kebanyakan generasi muda suka bermain permainan. Oleh itu, saya percaya elemen permainan yang telah dirangka di dalam aplikasi ini dapat memenuhi kehendak mereka," tambahnya.

Malah, melalui kaedah penguasaan bahasa Arab (al-Quran) yang disediakan dalam aplikasi ini, pengguna dapat fahami kosa kata al-Quran dengan mudah.

"Saya yakin bahawa Think Quran tidak hanya membantu generasi muda memahami al-Quran, tetapi juga membantu mereka mencintai serta menghayati peringatan ALLAH SWT yang terkandung di dalamnya," ujarnya.