Asia-Pasifik tambah 1,500 helikopter tentera dalam dekad akan datang

Model miniatur Airbus C295 dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura 2024. Foto AFP
Model miniatur Airbus C295 dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura 2024. Foto AFP
A
A
A

SINGAPURA - Perniagaan helikopter tentera di rantau Asia Pasifik menjanjikan potensi pertumbuhan perniagaan kepada Airbus dan menjangkakan permintaan untuk 1,500 helikopter baharu dalam dekad akan datang membabitkan semua pengeluar pesawat.

Naib Presiden/Ketua Pemasaran dan Jualan Airbus Helicopters, Fabrice Rochereau menjelaskan permintaan untuk helikopter tentera diramalkan meningkat memandangkan banyak helikopter di Asia-Pasifik perlu diganti dan diperbaharui.

Fokus akan diberikan kepada helikopter utiliti saiz sederhana, serangan khusus, helikopter tempur serta angkut tentera laut.

"Dengan rangkaian platform pertahanan yang komprehensif, termasuk produk utama kami seperti H225M dan H145M, kami berada pada kedudukan yang baik untuk mengambil peluang dalam permintaan yang semakin bertambah dalam segmen ketenteraan,” kata Rochereau dalam satu kenyataan semasa Pertunjukan Udara Singapura 2024 yang sedang berlangsung di sini.

Kata Airbus lagi, Asia-Pasifik adalah pasaran utama untuknya, yang mana ia mempunyai satu perempat penguasaan daripada bahagian armada helikopter di rantau ini.

Sekarang, terdapat 2,200 helikopter Airbus yang beroperasi di rantau ini untuk pelbagai misi awam, separuh awam dan ketenteraan, kata pengeluar pesawat itu.

Rantau ini menggunakan rangkaian penuh helikopter Airbus seperti helikopter pelbagai peranan H225M serta H145M yang mempunyai keupayaan untuk pengangkutan strategik, taktikal, latihan ketenteraan, mencari dan menyelamat termasuk bantuan kemanusiaan dan bencana.

Di peringkat global, 10 pasukan pertahanan sedang menggunakan H145M, dengan lebih 500 pesawat dihantar dan kira-kira 60 helikopter ditempah, manakala H225M hari ini dikontrak oleh 10 pasukan tentera di seluruh dunia, dengan lebih 160 dihantar dan 40 dipesan, katanya lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28