Jenazah Abdul Taib tiba di kediaman di Demak Jaya

Premier Sarawak ,Tan Sri Abang Johari Tun Openg (lima dari kiri) dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama para jemaah mengaminkan doa selepas jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud disembahyangkan di kediamannya di Demak Jaya petang Rabu. Foto Bernama

A
A
A

KUCHING - Kediaman bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya, di sini dipenuhi keluarga terdekat serta pemimpin Sarawak yang hadir, untuk memberi penghormatan terakhir.

Van yang membawa jenazah Abdul Taib dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tiba di kediamannya pada kira-kira jam 5.10 petang tadi, sebelum solat jenazah dilaksanakan yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan menteri Sarawak, menjadi antara pemimpin negeri yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Jenazah dijadual dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok, bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 hingga 11.30 pagi.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: