Taib Mahmud tokoh berjasa besar - Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin menyifatkan Allahyarham sebagai seorang tokoh berjasa besar untuk Sarawak dan negara. Foto Facebook Selangor Royal Office
Sultan Sharafuddin menyifatkan Allahyarham sebagai seorang tokoh berjasa besar untuk Sarawak dan negara. Foto Facebook Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyifatkan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sebagai tokoh berjasa besar untuk negeri berkenaan dan Malaysia.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Selangor Royal Office, baginda bertitah, Allahyarham turut memberi komitmen dan kerjasama penuh semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja sepanjang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Negeri Sarawak.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin juga menzahirkan rasa sedih serta dukacita dengan pemergian Allahyarham pagi tadi.

Kenangan Allahyarham ketika bersama Sultan Sharafuddin. Foto Facebook Selangor Royal Office
Kenangan Allahyarham ketika bersama Sultan Sharafuddin. Foto Facebook Selangor Royal Office

“Baginda berdua merakamkan ucapan takziah kepada seluruh waris dan keluarga Allahyarham.

“Baginda mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan bersama-sama para syuhada dan orang-orang yang beriman,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Allahyarham Abdul Taib dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 4.40 pagi pada usia 87 tahun.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri itu sebagai ketua menteri selama 33 tahun.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ketujuh bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 1 Mac 2014 dan digantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri pada 29 Januari lalu.