Raghad luah kesedihan pemergian Taib Mahmud

Reaksi sedih Raghad Kurdi (kanan) dan anak Abdul Taib, Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) ketika jenazah tiba di Masjid Negara untuk pengurusan kematian sebelum dibawa ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan hari ini. Foto Bernama
Reaksi sedih Raghad Kurdi (kanan) dan anak Abdul Taib, Datuk Hanifah Hajar Taib (tengah) ketika jenazah tiba di Masjid Negara untuk pengurusan kematian sebelum dibawa ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Toh Puan Raghad Kurdi Taib meluahkan kesedihan atas pemergian suaminya yang juga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Perkara tersebut dikongsikan beliau menerusi hantaran di Instagram pada Rabu.

“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bermakna beliau (Abdul Taib) bagi saya.

“Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh, al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham Abdul Taib, 87, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 4.40 pagi Rabu selepas kira-kira seminggu menerima rawatan di bangunan fasiliti berkenaan.

Jenazah beliau akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak dan dijangka tiba pada jam 3.30 petang selepas disolatkan di Masjid Negara pagi tadi.

Jenazah Abdul Taib kemudian akan ditempatkan di kediamannya di Demak Jaya dan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak jam 8 pagi esok untuk penghormatan terakhir sehingga jam 11.30 pagi.

Jenazah Allahyarham akan disemadikan dalam upacara pengebumian negeri di Tanah Perkuburan Demak Jaya petang Khamis.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28