[VIDEO] 'Tok Teh, tak lama lagi kita ada rumah baharu'


Itu kata-kata yang kerap diungkapkan Allahyarham Umar Din Ayden Aminuddin, 4, kanak-kanak yang maut dihempap sebatang pokok dalam kejadian di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan pada Selasa, kepada datuk saudaranya, Amir Zulhairi Mohd Yusof, 48, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Menurut Amir Zulhairi, cucu saudaranya yang mesra dipanggil Umar itu berkata demikian setiap kali mereka bertemu selain kediaman mereka berdekatan sahaja.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650646/edisi/melaka-ns/tok-teh-tak-lama-lagi-kita-ada-rumah-baharu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #MautDihempapPokok


" />
A
A
A

JEMPOL - "Tok Teh tak lama lagi kita ada rumah baharu."

Itu kata-kata yang kerap diungkapkan Allahyarham Umar Din Ayden Aminuddin, 4, kanak-kanak yang maut dihempap sebatang pokok dalam kejadian di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir di sini pada Selasa, kepada datuk saudaranya, Amir Zulhairi Mohd Yusof, 48.

Menurut Amir Zulhairi, cucu saudaranya yang mesra dipanggil Umar itu berkata demikian setiap kali mereka bertemu selain kediaman mereka berdekatan sahaja.

Umar maut dihempap pokok dalam kejadian di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir di Jempol pada Selasa.
Umar maut dihempap pokok dalam kejadian di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir di Jempol pada Selasa.

"Saya ingat dia bercerita mengenai rumah baharu yang ibunya beli, saya pun mengiyakanlah sebab sejak dua minggu ini memang itu yang kerap dia cakap.

"Lagipun, Umar ini memang seorang yang periang dan ceria orangnya tambahan pula anak-anak saya pun lebih kurang sebaya dia sahaja, memang rapatlah," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Serting Tengah dekat sini pada Rabu.

Amir Zulhairi menunjukkan kolam renang yang dibina untuk Umar dan Edora dibina oleh Abd Rahman.
Amir Zulhairi menunjukkan kolam renang yang dibina untuk Umar dan Edora dibina oleh Abd Rahman.

Dalam pertemuan berkenaan, polis dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol dan Balai Polis Batu Kikir hadir menziarahi keluarga mangsa.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Amir Zulhairi berkata, datuk mangsa yang juga abang iparnya, Abd Rahman Samad, 61, masih terkesan dengan insiden yang menimpa cucunya.

Menurutnya, Umar mempunyai dua beradik dan kakaknya, Nor Adora Ayden, 9, turut mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan, namun stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Abd Rahman (dua dari kanan) dilihat sebak ketika meluahkan mengenai kejadian semasa kunjungan polis dari
JPJKK IPD Jempol dan Balai Polis Batu Kikir.
Abd Rahman (dua dari kanan) dilihat sebak ketika meluahkan mengenai kejadian semasa kunjungan polis dari JPJKK IPD Jempol dan Balai Polis Batu Kikir.

"Abang ipar bersara awal sebagai guru besar kerana ingin menjaga dua cucunya itu bersama isterinya iaitu kakak saya, Fatimah.

"Malah abang ipar sanggup membina sebuah kolam renang di kediamannya untuk cucunya beriadah," katanya.

Amir Zulhairi yang merupakan Pegawai Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berkata, beliau tidak mengetahui situasi sebenar kejadian itu berikutan sedang bekerja tetapi dimaklumkan Umar ke lokasi bersama kakak dan ayahnya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati terdapat notis daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang memaklumkan Taman Eko Rimba berkenaan ditutup sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Notis daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang memaklumkan Taman Eko Rimba berkenaan ditutup sementara waktu.
Notis daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang memaklumkan Taman Eko Rimba berkenaan ditutup sementara waktu.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut dihempap sebatang pokok pada kejadian kira-kira jam 1.17 tengah hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, kanak-kanak lelaki terbabit meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan dada manakala kakak mangsa berusia sembilan dirawat di HTAN.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28