Budak lelaki maut dihempap pokok di pusat rekreasi

Budak lelaki terbabit meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan dada manakala kakak mangsa berusia sembilan tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. - Gambar hiasan 123RF
Budak lelaki terbabit meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan dada manakala kakak mangsa berusia sembilan tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

JEMPOL - Keseronokan dua beradik mandi di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berumur empat tahun maut dihempap sebatang pokok pada kejadian kira-kira 1.17 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kanak-kanak lelaki terbabit meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan dada manakala kakak mangsa berusia sembilan tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak terbabit memaklumkan dia telah membawa dua anaknya mandi di kawasan tersebut kira-kira 1 tengah hari tadi.

"Ketika itu anaknya sedang mandi di kolam kanak-kanak kemudian bergerak ke arah bapanya yang berada di kawasan jeram.

"Semasa sedang berjalan ke arah bapanya, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap mangsa. Kedua-dua mangsa dihempap tetapi pada jarak berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Artikel Berkaitan: