Jurudawai mengaku tak salah pukul isteri

Mohd Faizal tidak mengaku bersalah atas pertuduhan memukul isterinya hingga menyebabkan cedera parah pada November lalu.
Mohd Faizal tidak mengaku bersalah atas pertuduhan memukul isterinya hingga menyebabkan cedera parah pada November lalu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang jurudawai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya hingga menyebabkan cedera parah pada November lalu.

Mohd Faizal Jamaludin, 36, yang merupakan bapa kepada lima orang anak bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya berusia 38 tahun dengan cara menendang sehingga menyebabkan patah tangan kanan.

Mohd Faizal didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan kepada isterinya.
Mohd Faizal didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan kepada isterinya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Paya Emas di sini pada jam 11.30 malam, 17 November 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirda Mohd Yunos tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan perbuatan itu bukan kesalahan pertama yang dilakukan tertuduh.

Tertuduh juga pernah didakwa pada April tahun lalu atas kesalahan memukul isterinya.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian memutuskan untuk tidak memberikan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Februari depan sebagai sebutan semula kes.