34 PATI ditahan, Imigresen gempur bandar Kota Bharu

JIM Kelantan menahan seramai 34 PATI berusia satu hingga 47 tahun di sekitar bandar Kota Bharu pada Isnin.
JIM Kelantan menahan seramai 34 PATI berusia satu hingga 47 tahun di sekitar bandar Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan seramai 34 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia satu hingga 47 tahun di sekitar bandar ini pada Isnin.

Ops Sapu yang bermula jam 9 pagi itu dijayakan dengan kekuatan seramai 16 pegawai pelbagai pangkat.

Pengarahnya, Mohd Faizal Shamsudin berkata, seramai 34 telah ditahan atas pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 40 PATI.

Ops Sapu yang bermula jam 9 pagi itu dijayakan dengan kekuatan seramai 16 pegawai pelbagai pangkat.
Ops Sapu yang bermula jam 9 pagi itu dijayakan dengan kekuatan seramai 16 pegawai pelbagai pangkat.

"PATI yang ditahan melibatkan 23 lelaki, perempuan (4), kanak-kanak lelaki (2), kanak-kanak perempuan (5) yang terdiri daripada warganegara Indonesia, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, India dan Thailand.

"Kami menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi PATI.

Artikel Berkaitan:

Antara PATI yang ditahan dalam Ops Sapu di bandar Kota Bharu.
Antara PATI yang ditahan dalam Ops Sapu di bandar Kota Bharu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28