Liga-M: Pemain Perak FC sudah lengkap

Bobie Farid
Bobie Farid
A
A
A

PERAK FC sudah melengkapkan pasukan dengan kehadiran seramai 10 pemain baharu sebagai persediaan menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) 2024-2025 nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berkata, sebelum ini beberapa pemain baharu sudah diketahui manakala selebihnya akan diumumkan kemudian.

"Mereka ini akan kita umumkan selepas selesai pemeriksaan kesihatan termasuklah pemain import. Pemain import ada seramai tiga orang lagi.

"Jadi kekurangan tahun lepas di posisi penjaga gol, centre back, winger dan striker kita akan isi dengan pemain-pemain baru," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Jersi Home Perak FC Musim 2024-2025 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh di sini pada malam Sabtu.

Dalam perkembangan berkaitan, Bobie Farid mengesahkan Perak FC akan mendapatkan khidmat penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Haziq Nadzli.

Haziq Nadzli. Foto Instagram Haziq Nadzli
Haziq Nadzli. Foto Instagram Haziq Nadzli

Menurutnya, pemain tersebut merupakan sebahagian daripada perancangan Perak FC musim ini.

"Cuma selagi kita belum tandatangan kontrak, kita tak boleh umum secara rasmi. Tapi memang kita ada perbincangan dengan Haziq dan rumours itu betul," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, Perak FC kini sudah mempunyai tiga penjaga gol baharu dan kesemua mereka terpaksa bersaing bagi merebut tempat untuk diletakkan dalam kesebelasan utama.

Untuk rekod, Perak FC telah mengumumkan lima pemain baharu iaitu Tommy Mawat Bada, Nur Azfa Fikri, Ramadhan Abd Hamid, Ariff Ar Rasyid Ariffin dan terbaharu import dari Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.

Sementara itu, Bobie Farid memaklumkan Perak FC akan mengadakan perlawanan beberapa perlawanan persahabatan bagi pramusim dengan beberapa kelab dari Asia.

Katanya, selain itu pasukan akan turut mengadakan jelajah ke seluruh negeri Perak untuk menemui peminat.