Ramadhan, Ariff Ar Rasyid perkuat Perak FC

Ramadhan (kanan) akan menyarung jersi Perak FC dalam saingan Liga Super musim ini. Foto Perak FC. Ariff Ar Rasyid (kanan) memilih menyarung jersi Perak FC musim ini. Foto Perak FC
Ramadhan (kanan) akan menyarung jersi Perak FC dalam saingan Liga Super musim ini. Foto Perak FC. Ariff Ar Rasyid (kanan) memilih menyarung jersi Perak FC musim ini. Foto Perak FC
A
A
A

PERAK FC berjaya membawa masuk dua lagi pemain baharu yang akan memperkukuhkan jentera pertahanan pasukan.

Bekas penjaga gol PDRM FC, Ramadhan Abd Hamid dan bekas pertahanan Kelantan United, Ariff Ar Rasyid Ariffin kini menyarung jersi Perak FC musim ini.

Kedua-dua pemain tersebut diumumkan Perak FC menerusi hantaran di laman media sosial rasmi pasukan tersebut pada Selasa.

Ramadhan berkata, kehadirannya ke dalam Perak FC untuk membantu pasukan berada dalam kedudukan terbaik apabila Liga Super bermula nanti.

Anak kelahiran Kelantan berusia 30 tahun itu beraksi cemerlang bersama PDRM FC apabila membantu pasukan berkenaan menewaskan Kuching City FC bagi merangkul juara Piala Cabaran.

Kehadiran Ramadhan dilihat mengisi kekosongan ditinggalkan T Shaheeswaran yang tidak lagi bersama Perak FC.

Sementara itu, Ariff Ar Rasyid, 26, yang mampu beraksi pada posisi pertahanan dan tengah bakal memberikan saingan kepada pemain Perak FC bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Secara peribadi, saya ingin menunjukkan kemampuan sebenar di dalam padang dan merebut kesebelasan utama pada setiap perlawanan.

Artikel Berkaitan:

"Untuk pasukan pula, saya ingin bantu Perak FC beri saingan kepada pasukan-pasukan lain dan mendapat kedudukan terbaik dalam Liga Super dan menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini," katanya dalam temubual bersama TBG TV.

Pada musim lalu Ariff Ar Rasyid bermain untuk Kelantan United selain pernah bersama Penang FC dan UiTM FC.

Sebelum ini Perak FC sudah pun mengumumkan kemasukan Muhammad Nur Azfar Fikri ke dan Tommy Mawat Bada ke dalam skuad bimbingan Yusri Che Lah musim baharu nanti.