Perak FC perkenal import baharu dari Kyrgyzstan

Adilet (kiri) diperkenalkan bersama-sama Wan Zack (tengah) dan Firdaus di hadapan ribuan peminat yang hadir sempena Majlis Pelancaran Jersi Home Perak FC Musim 2024-2025 pada malam Sabtu.
Adilet (kiri) diperkenalkan bersama-sama Wan Zack (tengah) dan Firdaus di hadapan ribuan peminat yang hadir sempena Majlis Pelancaran Jersi Home Perak FC Musim 2024-2025 pada malam Sabtu.
A
A
A

PERAK FC mengumumkan pemain import baharu mereka, Adilet Kanybekov bagi menghadapi musim baharu Liga Super.

Pengenalan pemain tersebut dibuat di hadapan kira-kira 3,000 peminat yang membanjiri Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini sempena Majlis Pelancaran Jersi Home Perak FC Musim 2024-2025 pada malam Sabtu.

Pemain berusia 21 tahun itu merupakan kapten pasukan kebangsaan Kyrgyzstan bawah 23 tahun yang memulakan karier selepas menyertai Akademi Besiktas selain pernah bermain di Republik Czech.

Bintang muda yang bermain di posisi tengah itu beraksi bersama kelab Neftchi di Kyrgyzstan musim lalu sebelum menandatangani kontrak bersama Perak FC.

Ketika majlis tersebut, Firdaus Sayadi turut diumum kembali menyarung jersi Perak FC selepas dipinjamkan ke KL City FC musim lalu.

Sebahagian penyokong yang hadir menyaksikan Majlis Pelancaran Jersi Home Perak FC Musim 2024-2025 pada malam Sabtu.
Sebahagian penyokong yang hadir menyaksikan Majlis Pelancaran Jersi Home Perak FC Musim 2024-2025 pada malam Sabtu.

Selain itu, Wan Zack Haikal bersama ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah turut berada di pentas bersama-sama dua pemain yang diumumkan.

Sementara itu, pemain legenda Perak, Chan Kok Heng bersama bekas ketua jurulatih Perak, Datuk M Karathu turut diberi penghormatan memperagakan jersi baharu berwarna kuning skuad Kejor Yob Kejor itu.

Artikel Berkaitan:

Perak FC juga turut memperkenalkan tiga jenis pas bermusim buat peminat iaitu Silver, Gold dan Black untuk membolehkan mereka menyaksikan kesemua perlawanan di tempat sendiri sepanjang musim 2024-2025.

Sebahagian peminat tidak melepaskan peluang bertemu pemain dan ketua jurulatih Peram FC sempena Majlis Pelancaran Jersi Home Perak FC Musim 2024-2025 pada malam Sabtu.
Sebahagian peminat tidak melepaskan peluang bertemu pemain dan ketua jurulatih Peram FC sempena Majlis Pelancaran Jersi Home Perak FC Musim 2024-2025 pada malam Sabtu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif, Bobie Farid Shamsuddin yang ditemui pemberita memaklumkan jersi tempat lawan dan ketiga akan dilancarkan pada 15 Mac depan.

Katanya, salah satu warna yang jersi yang akan ditampilkan nanti tidak pernah digunakan oleh pasukan Perak sebelum ini.