KPDN sedia bantu pengusaha perkasa industri fesyen tempatan - Armizan

Armizan (hadapan) ditemani pengusaha RKB, Zul Izwan melihat koleksi busana yang dijual di butik itu pada Jumaat.
Armizan (hadapan) ditemani pengusaha RKB, Zul Izwan melihat koleksi busana yang dijual di butik itu pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersedia untuk membantu peniaga-peniaga tempatan memperluaskan jenama mereka demi mempertingkatkan pembangunan industri produk negara.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, KPDN bukan sahaja kementerian berkait dengan harga barang semata-mata tetapi mampu membantu industri tempatan memperkenalkan produk mereka.

Armizan (tengah) ketika merasmikan butik Rumah Kebaya Bangsar di sini pada Jumaat.
Armizan (tengah) ketika merasmikan butik Rumah Kebaya Bangsar di sini pada Jumaat.

“Dalam laporan ‘State of the Global Islamic Economy 2023/2024’ antara elemen atau potensi besar yang sepatutnya digilap oleh negara ialah industri fesyen.

“Justeru, Malaysia perlu mengambil peluang ini mengetengahkan industri fesyen, bukan sahaja untuk meraih pendapatan malah turut memajukan ekonomi negara.

“Mari kita ambil peluang ini kerana apa pun fungsi kerajaan ia perlu membantu mewujudkan ekosistem yang kondusif untuk pembangunan industri tempatan,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian pembukaan cawangan Rumah Kebaya Bangsar (RKB) di The Curve pada Jumaat.

Tambah Armizan, perkara tersebut dapat diperkukuhkan menerusi program di bawah KPDN yang mempromosikan barangan buatan Malaysia bagi memastikan produk tempatan mampu berdaya saing dengan jenama luar.

Sementara itu, Pengasas Syus Couture, Ir Zul Izwan berkata, beliau berharap agar kerajaan dapat membantu pengusaha fesyen tempatan mempromosi produk yang diusahakan ke peringkat lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

“Sebagai salah seorang pengusaha dalam industri ini, sudah tentu saya mahu meletakkan produk yang diusahakan sebaris dengan jenama besar lain.

“Saya berharap, usaha kementerian (KPDN) yang mahu menggilap bakat-bakat pengusaha fesyen tanah air, mampu menyemarakkan lagi industri ini,” ujarnya.

Pada masa sama, Zul turut berkongsi sejarah penubuhan RKB, beliau berkata, butik berkenaan mula beroperasi di Bangsar, Kuala Lumpur pada tahun 2016.

Zul
Zul

Menurutnya, RKB kini memasuki tahun kelapan dan sudah melalui pelbagai cabaran sepanjang ia diusahakan.

Tambah Zul, RKB memiliki keunikan yang tersendiri antaranya orang ramai boleh membuat pengubahsuaian baju Ready To Wear (RTW) mengikuti potongan badan.

“Jarang kita lihat butik-butik yang menjual RTW menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian semula baju mengikut potongan badan.

“Di RKB, kita boleh menyediakan perkhidmatan tersebut jika pelanggan mahu busana yang digayakan itu kelihatan lebih menarik kerana RKB memiliki tukang jahit dalaman di butik. Itu yang menjadikan butik ini istimewa,” katanya.