246 notis kompaun dikeluarkan

Penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Johor melakukan pemeriksaan larangan merokok di premis makanan di negeri ini.
Penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Johor melakukan pemeriksaan larangan merokok di premis makanan di negeri ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Johor mengeluarkan sebanyak 246 notis membabitkan nilai kompaun RM61,500 hasil pemeriksaan 4,697 premis sepanjang operasi larangan merokok kedai makan yang bermula 1 Januari lalu.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, notis tersebut dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

“Daripada jumlah itu, seramai 16 individu didapati bersalah kerana merokok menggunakan rokok elektronik atau vape.

"Dalam operasi sama, 59 notis kesalahan kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dikeluarkan kepada pemilik premis di bawah Peraturan 12(1)(a) dan 12(1)(b) PPKHT 2004," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, bagi mereka yang telah menerima notis kesalahan dikenakan kompaun sebanyak RM 250 dan perlu menjelaskannya dalam tempoh sebulan.

"JKN Johor memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi larangan merokok bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin.

"Bagi golongan perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok, digalakkan mendapatkan khidmat nasihat perkhidmatan berhenti merokok mQuit yang disediakan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negara," katanya.

Artikel Berkaitan: