Teruja fahami maksud kosa kata al-Quran - Mohd Syarif

Mohd Syarif Hidayatullah
Mohd Syarif Hidayatullah
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengguna aplikasi Think Quran menyatakan rasa teruja selepas memahami maksud al-Quran.

Mohd Syarif Hidayatullah Mohd Arabi, 33, berkata, peluang untuk belajar serta memahami al-Quran perlu direbut oleh semua umat Islam lebih-lebih lagi dengan adanya aplikasi Think Quran.

Menurutnya, dia memperuntukkan masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk menggunakan aplikasi Think Quran sejak dua bulan lalu.

"Saya kenal Think Quran melalui sahabat, pertanyaannya sama ada saya memahami maksud al-Quran menyebabkan saya terkedu, selama ini saya baca kitab suci itu tanpa faham maksudnya sedangkan ia wajib.

"Ingat lagi masa solat Jumaat, imam menangis ketika membaca al-Quran tetapi saya tidak rasa tersentuh kerana tidak faham maksudnya. Kini, bila solat berjemaah, rasa sangat teruja malah sempat bertanya kawan sebelah sama ada mereka faham atau tidak, saya faham," katanya.

Aplikasi Think Quran dibangunkan Syarikat Think Osem Sdn Bhd itu telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Karya Bestari bagi melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran.

Think Quran menawarkan kaedah pembelajaran bahasa Arab (al-Quran) melalui penguasaan kosa kata yang terpilih merangkumi keseluruhan al-Quran.

Jelasnya, tiada nikmat lebih besar selain boleh memahami kalamullah yang merupakan panduan umat Islam.

Artikel Berkaitan:

"Saya bukan ada latar belakang belajar bahasa Arab tetapi Think Quran ini adalah satu kaedah mudah, cepat dan berkesan untuk faham.

Perkataan yang ada dalam aplikasi itu berulang-ulang merangkumi 80 peratus dalam al-Quran.

"Memahami al-Quran banyak mengubah cara hidup saya. Sebelum bangun pagi, perkara pertama yang dicari adalah telefon dan buka Instagram. Alhamdulillah, sekarang buka Think Quran dulu," katanya.

Ujarnya, dia berazam untuk khatam dan memahami al-Quran pada bulan Ramadan kali ini.

"Itu sasaran saya, kalau dulu khatam sahaja sekarang boleh faham jadi berganda kelazatan dapat dirasai. Saya percaya akan habiskan lebih banyak masa dengan al-Quran, bila tahu cerita kita akan rasa nak baca lagi dan lagi," ujarnya.