Midway R&R Dusun Panti destinasi unik dikunjungi

Norfaezah dan suami, Zam Harris di meja yang menjadi tempat duduk kesukaan Sultan Ibrahim ketika berkunjung ke Midway R&R Dusun Panti.
Norfaezah dan suami, Zam Harris di meja yang menjadi tempat duduk kesukaan Sultan Ibrahim ketika berkunjung ke Midway R&R Dusun Panti.
A
A
A

NEGERI Johor terkenal dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi.

Oleh itu, jika melancong ke sini, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke satu destinasi istimewa di daerah Kota Tinggi.

Midway R&R Dusun Panti, nama baharu yang diilhamkan oleh Sultan Ibrahim menggantikan R&R Dusun Panti.
Midway R&R Dusun Panti, nama baharu yang diilhamkan oleh Sultan Ibrahim menggantikan R&R Dusun Panti.

Apa yang uniknya ialah ia bukanlah kawasan pantai mahu pun kawasan tanah tinggi, tetapi merupakan sebuah kawasan persinggahan atau lebih dikenali sebagai kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Terletak kira-kira 65 kilometer dari bandar raya Johor Bahru, kawasan R&R, yang dikenali dengan nama Midway R&R Dusun Panti ini cukup dikenali oleh pengguna jalan raya yang sering berulang alik dari Johor ke negeri-negeri di Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan yang melalui Jalan Jemaluang - Kota Tinggi.

Pemain kebangsaan, Arif Aiman Hanapi merupakan antara pelanggan yang pernah singgah ke R&R Dusun Panti.
Pemain kebangsaan, Arif Aiman Hanapi merupakan antara pelanggan yang pernah singgah ke R&R Dusun Panti.

Sekali pandang, tiada apa yang luar biasa bagi kawasan R&R ini, namun ia merupakan lokasi persinggahan bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim jika menggunakan laluan berkenaan setiap kali mahu ke sebuah lagi istana milik Seri Paduka Baginda yang dikenali sebagai Istana Flinstone di Mersing.

Menurut Pengurus Midway R&R Dusun Panti, Norfaezah Md Borham, 37, pada kunjungan kali pertama, Sultan Ibrahim telah berkenan mencemar duli untuk singgah ke R&R tersebut ketika dalam perjalanan ke Mersing pada November 2020.

Artikel Berkaitan:

Norfaezah
Norfaezah

Bagaimanapun, katanya, beberapa minggu selepas itu, pihak istana sekali lagi menghubunginya bagi memaklumkan terlebih dahulu mengenai keberangkatan Sultan Ibrahim ke R&R berkenaan.

“Kalau tak salah saya, 5 Disember 2020 (masih lagi PKP), tapi orang ramai sudah mula dibenarkan untuk dine-in di kedai makan dan masa itu saya terima panggilan dari istana yang bertanya, kedai buka ke? Tuanku nak datang makan. Tuanku minta maklumkan dahulu, kasihan takut orang terkejut, kata pemanggil tersebut.

Zam Harris menghidangkan juadah santapan kepada Sultan Ibrahim. Foto FB Sultan Ibrahim Iskandar
Zam Harris menghidangkan juadah santapan kepada Sultan Ibrahim. Foto FB Sultan Ibrahim Iskandar

“Setelah dimaklumkan mengenai keberangkatan Tuanku Sultan Ibrahim, saya dan kakitangan mula menyediakan juadah santapan untuk Tuanku nikmati kerana saya dimaklumkan, Tuanku request (minta) menu yang sama sebagaimana kunjungannya (keberangkatannya) sebelum ini, iaitu lontong, teh tarik ais dan kuih muih.

“Selepas kunjungan itu, pernah juga Tuanku hanya membuat pesanan makanan untuk dibungkus dan ia diuruskan oleh pegawai-pegawai istana ketika melalui jalan ini,” jelasnya.

Norfaezah (dua dari kiri) menyaksikan Sultan Ibrahim menandatangani bingkai gambar ketika berkunjung ke R&R Dusun Panti. Foto FB Sultan Ibrahim Iskandar
Norfaezah (dua dari kiri) menyaksikan Sultan Ibrahim menandatangani bingkai gambar ketika berkunjung ke R&R Dusun Panti. Foto FB Sultan Ibrahim Iskandar

Tambah Norfaezah, keberangkatan Sultan Ibrahim juga telah banyak membantu R&R berkenaan untuk terus beroperasi setelah terjejas dan menerima impak yang agak teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Norfaezah menunjukkan juadah kegemaran Sultan Ibrahim, iaitu lontong dan teh tarik ais.
Norfaezah menunjukkan juadah kegemaran Sultan Ibrahim, iaitu lontong dan teh tarik ais.

Katanya, sebelum ini restoran yang diusahakannya di R&R berkenaan memang kurang dikunjungi pelanggan apatah lagi dalam tempoh PKP yang hanya membenarkan kunjungan terhad bagi mana-mana premis makanan seperti di R&R tersebut.

“Keberangkatan Tuanku sememangnya banyak membantu untuk promosi semula R&R ini..kalau nak tahu Midway R&R Dusun Panti ini pun Tuanku yang berikan untuk gantikan nama lama, R&R Dusun Panti,” katanya.

Midway R&R Dusun Panti dipenuhi pelanggan.
Midway R&R Dusun Panti dipenuhi pelanggan.

Menurutnya, R&R tersebut turut menyediakan kawasan parkir yang luas, selain tandas serta surau yang selesa bagi kemudahan pengunjung.

Norfaezah menunjukkan bingkai gambar yang memaparkan Sultan Ibrahim di R&R Dusun Panti.
Norfaezah menunjukkan bingkai gambar yang memaparkan Sultan Ibrahim di R&R Dusun Panti.

Malah kata Norfaezah, pihaknya juga dalam perancangan untuk membesarkan tandas serta surau sedia ada bagi menjamin keselesaan pengunjung terutamanya yang ingin berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

“Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai jenis makanan seperti menu sarapan pagi dan menu makan tengah hari seperti lontong, keli masak lemak, asam pedas ikan baung dan lain-lain,” katanya.