X

Kindly register in order to view this article
!

Bersatu tak campur urusan PM pilih pengganti Maszlee

Mukhriz Mahathir
A
A

ALOR SETAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mencampuri urusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memilih pengganti Dr Maszlee Malik untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Pendidikan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Dr Mahathir kerana lantikan itu adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri.

Menurutnya, pihaknya juga tidak menyenaraikan calon dari parti itu yang difikirkan layak menggantikan Dr Maszlee walaupun kuota bagi mengisi jawatan itu disebut-sebut dari Bersatu.

“Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tidak sediakan apa-apa senarai calon untuk pertimbangan Perdana Menteri, beliau sendiri akan buat penilaian dan keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Maszlee diarah letak jawatan kerana sering ingkar arahan Kabinet?

'Saya tak sedih, marah' - Dr Maszlee

"MPT bersedia menyokong siapa sahaja yang dipilih kelak,” katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah pelantikan Ahli-Ahli Majlis Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) penggal 2020-2021 hari ini.

Mukhriz berkata, parti itu tidak akan mencampuri urusan pemilihan menteri baharu dari kalangan Bersatu sama seperti rakan parti lain dalam PH.

“Saya juga tidak pasti bila jawatan itu akan diisi kerana tiada perbincangan dibuat. Saya ada jumpa Dr Mahathir sehari sebelum peletakan jawatan Dr Maszlee namun beliau tidak sedikit pun sebut mengenai kemungkinan berlaku pertukaran menteri Kabinet,” katanya.

Menurutnya, apatah lagi bayangan siapa bakal dilantik sebagai Menteri Pendidikan baharu.

Mengulas berita tular kemungkinan Mukhriz bakal menggantikan Dr Maszlee, beliau sekali lagi menolak berita spekulasi yang ditularkan pihak tertentu.

“Tak ada kut, macam-macam ditularkan. Buat andaian bukan-bukan, banyak lagi kerja saya di Kedah,” katanya.