Lelaki bertelekung curi barang jemaah masjid

Rakaman CCTV yang dimuat naik menerusi laman Facebook Masjid Ibn Abbas menunjukkan suspek lelaki bertelekung sedang menggeledah beg jemaah masjid berkenaan.
Rakaman CCTV yang dimuat naik menerusi laman Facebook Masjid Ibn Abbas menunjukkan suspek lelaki bertelekung sedang menggeledah beg jemaah masjid berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video yang memaparkan dua individu sedang mencuri di sebuah masjid ketika jemaah mengerjakan solat pada Selasa lalu tular di media sosial hari ini.

Video berdurasi 3 minit 55 saat itu yang dimuat naik semalam melalui Facebook Masjid Ibn Abbas menunjukkan seorang daripada suspek dipercayai lelaki masuk ke dalam masjid berkenaan dan mengambil telekung yang disediakan untuk dipakai bagi menggelakkan identitinya dikenali.

Dalam masa sama, seorang lagi dipercayai wanita menunggu di luar ruang solat masjid itu.

Suspek lelaki itu kemudian dilihat masuk ke dalam ruang solat wanita dan mencuri barangan di dalam beg tangan jemaah sebelum kedua-dua mereka bergegas keluar meninggalkan kawasan masjid.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut kecewa dan marah dengan perbuatan individu terbabit, apatah lagi ia dilakukan di dalam masjid.

Tidak kurang yang mengesyorkan semua jemaah tidak membawa wang yang banyak ketika menunaikan solat di masjid atau surau.

"Rasanya, kalau nak pergi masjid atau surau, tak perlulah bawa duit yang banyak. Bawa duit untuk masuk tabung dah cukup. Telefon bimbit pun tak perlu bawa. Bawa beg untuk letak telekung sahaja. Sekadar pandangan," tulis Remy Hasan di ruangan komen.

Sri Ayu pula mencadangkan setiap masjid menyediakan pengawal keselamatan di ruang solat wanita bagi menggelakkan kejadian sedemikian berulang.

Artikel Berkaitan:

"Masjid sekarang kena ada pengawal keselamatan untuk bilik solat wanita. Pastikan yang jujur dan amanah," katanya.

Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada polis berhubung kes ini.