Intan Ladyana, Harris Alif bakal timang anak lelaki

Berita gembira itu dikongsikan Intan dan Harris di akaun Instagram mereka pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsikan Intan dan Harris di akaun Instagram mereka pada Ahad.
A
A
A

PASANGAN selebriti, Harris Alif dan Intan Ladyana bakal menimang cahaya mata lelaki pada April depan.

Berita gembira itu dikongsikan pasangan berkenaan menerusi video pengumuman jantina di akaun Instagram mereka pada Ahad.

“Anak lelaki,” tulis mereka ringkas pada ruangan kapsyen.

Difahamkan, selain majlis pengumuman jantina, Intan dan Harris, 25, turut meraikan ulang tahun kelahiran kedua puteri sulung mereka, Evie Khadeeja.

Terdahulu, ketika tayangan filem pertama arahan dan terbitannya, Banglo Seksyen 12 baru-baru ini, Intan atau nama penuhnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 42, mengakui sudah mengetahui jantina anak keduanya dan bakal berkongsi khabar gembira itu dalam satu majlis.

Harris dan Intan bersama anak sulung mereka, Evie Khadeeja.
Harris dan Intan bersama anak sulung mereka, Evie Khadeeja.

Dalam temu bual itu, Intan mengakui berdepan alahan lebih teruk berbanding ketika mengandungkan anak sulungnya.

Bukan itu sahaja, disebabkan jarak kehamilan yang rapat, beliau juga perlu memberi perhatian kepada puteri sulungnya itu.

Artikel Berkaitan:

"Anak saya tidak boleh berenggang. Dulu kalau penat boleh terus rehat, sekarang kena pastikan anak tidur baru boleh tidur dan rehat,” katanya.

Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 31 Januari 2022.