Bot terbalik dipukul ombak, nasib nelayan jadi tanda tanya

Tular video sebuah bot nelayan yang terumbang-ambing kerana dilambung ombak besar dalam kejadian di Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus.
Tular video sebuah bot nelayan yang terumbang-ambing kerana dilambung ombak besar dalam kejadian di Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus.
A
A
A

KUALA NERUS - Tular sebuah video berdurasi 60 saat di media sosial memaparkan sebuah bot yang dinaiki seorang nelayan dikatakan terbalik kerana dilambung ombak dalam kejadian di Pantai Seberang Takir, di sini.

Video yang dimuat naik menerusi hantaran di laman Viral Media Terengganu pada malam Isnin itu mendapat 94,000 tontonan, 1,100 reaksi dan 60 perkongsian.

Berdasarkan perkongsian, bot berkenaan dilihat telah menghampiri pesisir pantai namun tidak dapat dikawal kerana keadaan ombak terlalu kuat menyebabkannya terbalik.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya sama ada nelayan berkenaan terselamat atau sebaliknya.

Menjengah ruangan komen, beberapa individu memberitahu nelayan tersebut telah terselamat selepas berjaya berenang ke tepi pantai.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mempertikaikan tindakan nelayan itu keluar ke laut dalam keadaan cuaca yang masih tidak menentu di negeri tersebut.

Tangkap layar video memaparkan bot nelayan yang tersadai di tepi pantai selepas terbalik kerana dilambung ombak dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Isnin.
Tangkap layar video memaparkan bot nelayan yang tersadai di tepi pantai selepas terbalik kerana dilambung ombak dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Isnin.

Tulis Wan Mohd, mengapa tak boleh bersabar, sudah tahu ombak besar jangan ke laut, buat apa bertarung nyawa.

Artikel Berkaitan:

Tulisan Wan Mohd mengundang reaksi beberapa pengguna media sosial lain yang menyatakan tidak siapa tahu mengapa nelayan itu masih turun ke laut mungkin kerana ia satu-satunya sumber pencarian bagi menampung keluarga.

Ujar Muhammad Sallahuddin, tiada siapa yang akan menampung kewangan keluarga nelayan berkenaan sekiranya tidak turun ke laut.

"Ye (ya) kita senang cakap, orang sepenuhnya hidup dengan hasil ke laut. Kau nak tanggung makan minum dia ke kalau dia tak ke laut walau tak ada duit," tulisnya.

Zam Nizam pula berkata, keadaan ombak di pantai di Setiu juga besar seperti musim tengkujuh.

"Semalam pun pergi pantai Bari, Penarik (Setiu) ombak besar sungguh. Dah macam ombak musim tengkujuh," tulisnya.