Beberapa jalan ditutup di Kuala Nerus mulai 25 Oktober

Beberapa jalan di kawasan Teluk Ketapang, Kuala Nerus akan ditutup secara berperingkat sempena Latihan Bencana Udara Ex-Penyu 2023 oleh Malaysia Airport Sdn Bhd di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada Rabu.
Beberapa jalan di kawasan Teluk Ketapang, Kuala Nerus akan ditutup secara berperingkat sempena Latihan Bencana Udara Ex-Penyu 2023 oleh Malaysia Airport Sdn Bhd di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Beberapa jalan di kawasan Teluk Ketapang, Kuala Nerus akan ditutup secara berperingkat sempena Latihan Bencana Udara Ex-Penyu 2023 oleh Malaysia Airport Sdn Bhd di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, penutupan jalan itu bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

"Antara laluan terlibat ialah sepanjang jalan pantai Teluk Ketapang bermula laluan dari arah Ikan Celup Tepung (ICT) Teluk Ketapang sehingga rumah rehat 'QNM Holidays' Tok Jembal.

"Selain itu, ia melibatkan sepanjang jalan pantai Teluk Ketapang bermula dari Noorayuni Tomyam Seafood.

"Jalan lain yang ditutup ialah laluan alternatif ke pusat bandar serta laluan untuk ke Gong Badak-Tok Jembal," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya, orang ramai boleh melayari Facebook rasmi Polis Daerah Kuala Terengganu untuk mengetahui senarai penuh jalan yang ditutup.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata, pengguna dinasihatkan agar merancang perjalanan dan tidak menghalang laluan.

"Ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesulitan selain melancarkan pergerakan dan mengelakkan berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: