X

Kindly register in order to view this article
!

Cubaan seludup lebih 500kg daun ketum gagal

Antara guni disyaki mengandungi daun ketum yang dirampas PGA dalam Op Wawasan di sekitar Chuping dan Padang Besar, Perlis, semalam.
A
A

CHUPING - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas daun ketum bernilai RM87,000 yang cuba diseludup ke negara jiran dalam operasi di daerah ini dan Padang Besar Perlis.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, bagi kes pertama dalam Op Wawasan semalam, sebanyak enam guni yang mencurigakan dijumpai di tepi jalan ladang getah Chuping kira-kira jam 6.30 petang.

"Semakan mendapati guni tersebut mengandungi daun hijau dibalut plastik lut sinar disyaki daun ketum seberat 180 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM27,000," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara guni disyaki mengandungi daun ketum yang dirampas PGA dalam Op Wawasan di sekitar Chuping dan Padang Besar, Perlis, semalam.
Antara guni disyaki mengandungi daun ketum yang dirampas PGA dalam Op Wawasan di sekitar Chuping dan Padang Besar, Perlis, semalam.

Abdul Ghani berkata, bagi kes kedua, pasukan itu berjaya merampas 400kg daun ketum bernilai RM60,000 di sebuah khemah di Kampung Kok Mak, Padang Besar kira-kira jam 11.45 malam.

Katanya, polis percaya daun ketum itu cuba diseludup masuk ke negara jiran dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan individu terlibat dalam kegiatan tersebut.

Kesemua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!