Lata Janggut jadi tarikan pelancong musim cuti

Air cetek di kawasan Lata Janggut sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga beriadah sambil bermain air. - Foto: Sinar Harian (Gambar kecil dari kiri: Wan Nur Diana, Nur Hafizah Iffah, dan Nor Ashikin)
Air cetek di kawasan Lata Janggut sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga beriadah sambil bermain air. - Foto: Sinar Harian (Gambar kecil dari kiri: Wan Nur Diana, Nur Hafizah Iffah, dan Nor Ashikin)
A
A
A

JELI - Keindahan sungai berbatu, Lata Janggut dekat sini mula menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negeri bagi memanfaatkan musim cuti akhir persekolahan 2023 yang bermula minggu ini.

Sungai yang mengalir sejauh lapan kilometer menghubungkan antara Sungai Ruar dan Sungai Long dengan air yang dingin, jernih dan kehijauan itu sekali gus melegakan sesiapa sahaja yang mandi di situ.

Orang ramai mandi-manda di Lata Janggut ketika musim cuti sekolah.
Orang ramai mandi-manda di Lata Janggut ketika musim cuti sekolah.

Seorang kakitangan awam, Wan Nur Diana Juyunus, 36, berkata, dia bersama 15 ahli keluarga dari Wakaf Che Yeh, Kota Bharu pertama kali tiba di kawasan rekreasi itu kagum melihat keindahannya.

“Sebelum ini hanya dengar tentang lokasi menarik Lata Janggut dan apabila datang sendiri saya sangat berpuas hati.

Air dingin dan jernih, serta pemandangan indah Lata Janggut.
Air dingin dan jernih, serta pemandangan indah Lata Janggut.



“Setakat ini, Lata Janggut paling cantik dan sangat sesuai untuk perkelahan keluarga,” katanya ketika ditemui di Pusat Rekreasi Lata Janggut pada Isnin.

Sementara itu, seorang jurutera, Nur Hafizah Iffah Azhar, 26, berkata, dia baru tiba ke Kelantan dari Pulau Pinang sempena cuti sekolah dan mengambil peluang berkhemah sambil mandi-manda di Lata Janggut.

Artikel Berkaitan:

Nur Hafizah Iffah
Nur Hafizah Iffah

Katanya, persekitaran di lata tersebut terjaga selain banyak kemudahan asas seperti tandas yang baharu dibina.

“Sebelum ini, saya datang, belum ada kemudahan tandas.

Orang ramai yang beriadah di kawasan rekreasi Lata Janggut, Jeli.
Orang ramai yang beriadah di kawasan rekreasi Lata Janggut, Jeli.

“Sekarang bukan sahaja ada tandas yang selesa tetapi terdapat juga surau dan tempat letak kereta luas serta percuma memudahkan pengunjung yang mahu beriadah di kawasan rekreasi ini,” ujarnya.

Suri rumah, Nor Ashikin Anwar, 30, pula berkata, Lata Janggut juga menjadi pilihan penduduk tempatan kerana keadaan air yang cetek di tengah-tengah lata dan lebih selamat kepada kanak-kanak untuk bermain air.

“Bagaimanapun, aspek keselamatan tetap diutamakan seperti penggunaan jaket keselamatan semasa mandi.

“Sebelum datang, kena juga melihat keadaan cuaca terlebih dahulu seperti sebulan kebelakangan ini, cuaca cerah dan tidak hujan bagi mengelak kejadian kepala air,” katanya.

Ujar Nor Ashikin, selain Lata Janggut, Jeli juga terkenal dengan tempat-tempat rekreasi menarik lain antaranya Lata Khasmir, Lata Turbo dan Lata Nusuk.